Kepada pembaca-pembaca dan pengikut blog ni, aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Sekiranya sepanjang penulisan aku telah membawa kepada salah faham ataupun terdapat kekasaran bahasa ketika menulisnya.
Kepada yang akan memandu jauh bermula pada minggu ini (Kompeni aku akan bermula cuti mandatori esok, Khamis menggantikan hari Sabtu), sila memandu dengan:
- Baik dan berhati-hati
- Jangan macam setan
- Jangan potong ikut line emergency kerana itulah yang paling setan
- Bawak keta jangan macam haram-jadah
- Jangan leka dan melalut ketika memandu
Alamak, ter’over’ pulak aku. Sekali lagi aku minta maaf banyak-banyak. Sayangilah nyawa anda. Kalau tak sayang nyawa sendiri sekalipun, ingatlah nyawa orang lain yang tidak berdosa. Elakkan diri anda atau anda menjahanamkan hidup orang lain dalam statistik suratkhabar untuk musim perayaan 2010 ni pulak.

…selamat beraya seadanya Mus…
salam lebaran bro…
maaf zahir batin
Selamat Hari Raya Speed.
Maaf zahir batin 🙂