TTS Raya Geng Gagak Hitam

Tajuk macam gampang sebab aku taktau nak letak tajuk apa. Keh keh keh…. TTS ni dianjurkan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ni. Kira-kira, macam perjumpaan raya lah. Tapi dah terbiasa dengan istilah kalau perjumpaan antara ahli-ahli forum, mesti nak kena pakai TTS = Teh Tarik Session atau NAS = Nescafe Ais Session.

Jadi, 14 September 2010 baru-baru ni si Bolah telah broadcast dalam forum yang dia teringin nak buat perjumpaan Hari Raya. Dan yang paling hampehnya (hahahah) Dia yang jemput dan nak organize, dan dia sendiri yang terlupa tarikh. Hahahahah.. Jadi, aku, Cikgu Hanif dan Piedoih telah melantak terlebih dahulu di Restoran Ikan Bawal berhampiran Padang Tembusu but that is another story (hahaha, cilok ayat Ijau)

Selepas kenyang balun makan claypot gulai yang power-root tu, kami berempat  terus beraya di rumah Pak Tam. Berdekatan saja dengan Pekan Tikam Batu.

Kucing Kampung Penyambut Tetamu
Makan Kami Tak Tolak!
Apa Yang Dibantainya Gelak Pun Taktaula

Bila dah beraya, mestila ada makan-makan kan? Jadi apa lagi, memang kami semua makan lagilah. Mana boleh tolak, nanti kecik pulak hati Pak Tam.

Selepas bersembang dan pung-pang-pung-pang apa yang patut, kami semua balik lah selepas pukul 12.30 malam. Itupun selepas Pak Tam memberikan isyarat melalui ilmu makrifat yang tinggi supaya kami kena balik. Keh keh keh.. Selamat Hari Raya semua!

facebook comments:

One Reply to “TTS Raya Geng Gagak Hitam”

  1. […] yang dah berapa puluh kali lalu jalan ni, taktau la pulak kewujudan kedai ni sehinggalah TTS Raya Bersama Geng Gagak Hitam baru-baru ni. Bila masuk saja, dah tau yang kedai ni, kepakarannya adalah dalam penyediaan masakan […]

Leave a Reply to Restoran Ikan Bawal Padang Temusu « Speedrider Networks Cancel reply

CommentLuv badge