Triple Trouble

Semua orang asyik bercerita pasal konsert ni sekarang. Ramai yang SMS, PM dan email aku kenapa aku belum buat sebarang review atau promo tentang konsert ni.

Sebenarnya, aku lebih suka untuk meng’konfem’kan dulu samada aku dapat hadir atau tak ke konsert ni. Jadi setelah aku berjaya meng’konfem’kan segalanya, aku telahpun mengambil cuti sempena Double Trouble ni dan….

BENCI!!

AKU TAK DAPAT PERGI!

Kali ni, aku betul-betul ralat. Pada 28, 29 dan 30 adalah tarikh-tarikh terakhir untuk final exam aku. Congakan pada mulanya ialah aku nak berangkat pada malam Sabtu tu (selepas waktu kerja). Ok lah, abang ipar aku pun dah set semua.. Sekali terkantoi la pulak transport kat KL.

Aku plan memula aku nak ride saja naik motor, tapi motor aku pun tak siap lagi. Campur lagi dua-tiga personal things, aku dengan ini mengisytiharkan konsert ini dah jadi Triple Trouble untuk aku. Satu penyesalan yang aku luahkan sebelum konsert kerana aku tak dapat pergi. Tertekan betul…. (Nampak gaya, Shafarizan akan pergi KL naik EX5, kalau tak, boleh aku konvoi pergi dengan dia…).

Untuk merchandise, aku terpaksa book pada Zul S2W, dan menunggu 2 lagi pending T-Shirt aku iaitu Naga Kramat dan Baju Guitar LP Joe Berapi tu yang dikhabarkan dalam proses reprint semula. Tapi aku tak sure la pulak Grousiey dah buat ke belum sejak 1st order yang dah habis stok pada Februari dulu kalau tak silap. Terpaksa la aku menahan jeles orang lain dah pakai baju LP Joe Berapi tu dan Naga Kramat. Sampai kat aku nanti dah jadi bubur sejuk McDonalds. Hehehe…

DAPATKAN TIKET ANDA DI SAYAP-SAYAP WINGS

Petikan dari Sayap-Sayap Wings:

Double Trouble : Panduan Perjalanan

Setelah mendapat pengesahan dari pihak penganjur, maka disini diturunkan beberapa panduan perjalanan untuk ke Konsert Double Trouble pada 1Mei nanti. Panduan ini sebagai rujukan kepada penonton yang akan datang demi untuk keselesaan bersama dan agar masalah-masalah yang berlaku pada konsert-konsert sebelum ini tidak berulang.

1. Pihak Polis telahpun memberi amaran agar penonton yang akan datang ke konsert nanti untuk tidak meletakkan kereta dbahu – bahu jalan atau menghadapi tindakan saman / tunda kereta. Pihak pengendali Lebuh Raya Sprint akan bekerjasama dengan Polis untuk memastikan arahan ini dipatuhi.

2. Pihak penganjur dengan kerjasama RapidKL akan menyediakan bas “feeder” yang akan berlepas dari 3 “checkpoint” utama iaitu Bangsar LRT, Amcorp Mall (stesen LRT Taman Jaya) dan Pusat Bandar Damansara. Pengunjung boleh menaiki bas dari checkpoint tersebut dan ianya PERCUMA. Bas akan berlepas dengan kekerapan setiap 20 minit dan perkhidmatan bas akan bermula untuk ke venue konsert bermula jam 5 petang. Perkhidmatan bas untuk pulang ke checkpoint pula akan bermula mulai jam 10 malam. Sila perhatikan bas RAPIDKL yang mempamerkan poster konsert Double Trouble 2010.

3. Bagi yang menaiki kenderaan sendiri, tempat meletak kereta yang terdekat dengan venue konsert adalah di perkarangan Stadium Juara. Lokasi Stadium Juara adalah bersebelahan dengan KLGCC (Kuala Lumpur Golf & Country Club), bertentangan dengan INTAN Bukit Kiara. Pengunjung boleh meletakkan kenderaan di situ dan kemudian menaiki bas ke venue konsert. Bas ‘feeder” akan melalui Stadium Juara sebelum ke venue konsert.

Semoga panduan yang diberikan akan memudahkan kita semua untuk menikmati konsert dengan aman dan selesa tanpa perlu memikirkan tentang masalah kesesakan yang perlu diharungi selepas berakhirnya konsert nanti.

Selamat berhibur!

“Orang Kita Ada Di Mana-Mana Sahaja”


Bercakap pasal Konsert Double Trouble ni. Sebenarnya, timing konsert ni dah memang cantik dengan rezeki aku bulan ni. Cuma sekarang, nampak gaya aku emmang takder rezeki nak ke KL jugak. Dengan rezeki yang lebih sikit tu, aku beli satu pouchbag baru untuk gantikan pouchbag ONE POLAR aku tu. Seingat aku, aku beli pada tahun 2007. Tanggal 2010, pouchbag tu dah mereput dan zip hancur. Berbaloi RM60.00+ yang aku invest dulu. Pouchbag baru, Fieldsheer tu aku beli dengan harga yang murah sikit; RM36.00 untuk daily use. Alpinestar tu hanya untuk riding saja sebab compartment boleh sisi spanar dan screwdriver. Sebenarnya aku pun tak ingat dah berapa banyak pouchbag yang aku pernah ada.

Yang pastinya, setiap hari aku pakai 2 pouchbag. Satu pouchbag kain dan satu lagi… perut aku. (adeh… nak kena diet neh… Dah nak jadi macam Jack Black.)

facebook comments:

4 Replies to “Triple Trouble”

  1. kitorang kat borneo ni lagi la syahdu… dahla ‘konsert di awan biru’ dulu byk yg kena kensel

  2. hang lbh pnting kan final exam dari double trouble!

  3. takpela…nxt time jela pergi..itupun kalo buat lg…hehe

  4. takpela…nxt time jela pergi..itupun kalo buat lg…hehe

Leave a Reply

CommentLuv badge