Technics SL-B202 Turntable

Technics SL-B202Pertama kali aku pakai turntable adalah pada tahun 2009 iaitu model Kenwood P-100. Setelah beberapa tahun, aku mula menambah koleksi piring hitam sedikit demi sedikit. Ada juga jenis piring hitam jenis 180gm yang kalau atas kertasnya mempunyai sound yang lebih bagus ataupun bahasa teknikalnya “audiophile quality”.

Tahun ni, tergerak hati nak pakai turntable yang ok sikit. Tapi nampaknya tabung belum cukup (sebenarnya tak pernah cukup) untuk ambil turntable latest dari Rega, Pro-Ject ataupun yang seangkatan, tetapi masih boleh dimiliki.

 


Technics SL-B202 1

Pada 1 May 2014 bersempena cuti umum, aku pergi satu kedai dekat-dekat Ropewalk Penang untuk tukar catridge Kenwood P-100 aku tu. Dalam kedai tu macam syurga audio antik. Lepas adjust dengan tauke kedai, abang Mahasir, berjaya jugak aku sambar Technics SL-B202 ni pada harga RM330.00 lepas dapat diskaun dari RM350.00. Jenuh pujuk jugak la nak mintak kurang harga tu.

 

Technics SL-B202 2

 

Specs info dari Vinyl Engine:

Platter: 304mm aluminium die-cast

Wow and flutter: 0.045% WRMS

Rumble: -70dB

Tonearm type: static balanced tubular

Effective length: 230mm

Dimensions: 430 x 106 x 375mm

Weight: 4.2kg

Jangan la tanya aku pasal spesifikasi ni. Haram sepatah aku tak paham melainkan saiz dan berat saja yang aku tau. Dari segi bunyi, memang berbeza jika dibandingkan dengan Kenwood P-100 sebab Technics SL-B202 ni ada arm weight adjuster dan anti-skating features. Apa tu anti-skating? Boleh tengok video penjelasan ni.

Features yang aku amat suka dengan Technics SL-B202 ni adalah dengan auto-stop features yang ada pada turntable ni. Sesetengah orang suka pada manual turntable (contohnya seperti Rega RP1/RP3 ataupun Pro-Ject Debut) sebab mungkin ia manual!

Kelebihan sistem auto ni adalah satu, bila dah habis main 1 side, tone arm akan diangkat secara automatik dan kembali ke kedudukan asal. Kalau lagu boring dan tertidur, at least tone arm tu dah kembali ke kedudukan asal dan jika manual, stylus akan terus menerus berada di bahagian berdekatan label dan bayangkan kalau semalaman ia berpusing di situ? Sayang stylus tu wooooo….

Headshell pada turntable aku adalah jenis standard mount catridge. Jadi, memang banyak pilihan yang ada kat pasaran kalau nak tukar dan tak perlu ikut saranan yang ditulis dekat turntatble tu.




Technics SL-B202 3Baru-baru ni, aku dah tempah acrylic baru untuk turntable ni. Acrylic tu dikenali sebagai Turntable Dust Cover dan dust cover yang asal dah bercalar teruk, kusam dan holder di hinge dah patah. Walaupun dust cover baru tidak menyerupai dust cover yang asal, at least mata tak sakit sangat melihatnya. Ranap RM90.00 tempah acrylic baru, tapi ok lagi kalau nak belanja ratus-ratus order kat eBay. Kelemahan beli system yang dah obsolete dan lama ni, adalah kos nak baikpulihnya. Nak kena pikir mana nak cari parts dan sebagainya.

Bercakap pasal “audiophile quality” seperti yang aku sebut di atas, sebenarnya kalau diikutkan, setup system kita memainkan peranan yang penting. Media, amplifier, speakers, interconnect cables, speaker positioning dan lain-lain lagi. Ia bukan murah. Lebih mahal lebih baik, tetapi aku berada pada posisi beginner dan aku dah set dalam kepala dah, not more than RM5000.00 untuk the whole system. Jadi, nak dapat sound yang betul-betul sedap tu sangat payahlah kot.

Apa-apapun, dalam kepala memang nak sambar Rega atau Pro-Ject pada masa depan.

 

facebook comments:

3 Replies to “Technics SL-B202 Turntable”

  1. ropewalk, lama aku tak dengar perkataan ni…

    aku dengaq nama asai tempat ni “jalan pintal tali” betui ka?
    Ijau D. Koceng recently posted..Dream Theater – Systematic Chaos (Special Edition)

  2. Entri ini ada rachun….heheh…

  3. Thorbaik…. personally untuk aku, masa untuk dengar ialah dalam perjalanan, baik gi kerja balik kerja, tunggu bas, tunggu tren, dalam bas ekspress, tengah jalan kaki, jadi sekarang important aku punye headphone je la hahaha.

    Zaman untuk enjoy buat bising dalam rumah dah takde… mungkin lain kali hahaha

Leave a Reply

CommentLuv badge