#SebulanTakMakanNasi Terlaksana

Suntikan Semangat Hari Pertama

Terus terang, mak mertua gelak kat aku bila aku kata aku taknak makan nasi bulan 11. Hampir seminggu aku dok cakap kat mak mertua yang aku takkan sentuh nasi dari 1-30 November 2011. Satu cabaran gila dan tak ada faedah buat kebanyakan orang. Jadi, aku buat semua ni atas sebab-sebab tertentu.

Hari pertama aku disokong dengan heavy breakfast isteri aku buat, sebab selalunya aku dah belasah nasi lemak.. Hahahaha.. Dari hari pertama, breakfast makin disusutkan sampailah ke tahap sandwich tuna saja yang paling simple.

Bila terdesak dan malas, Maggie lah jawabnya

Jujurnya, kos untuk rejim cabaran aku bulan ni amat tinggi berbanding kalau aku makan nasi seperti biasa. Untuk lunch, bukan senang nak maintain tak makan nasi, aku terpaksa travel di sekitar tempat kerja untuk mencari bihun sup dan yang seangkatan dengannya asalkan bukan nasi. Dalam sebulan ni, mee adalah makanan yang paling aku elakkan, namun kalau dah terpaksa sangat, aku belasah jugak. Tak kiralah, asalkan bukan nasi. (Bihun sup RM3.50, parah gak compare dengan nasi)

Makanan yang hampir-hampir dengan nasi yang aku makan ialah ketupat pulut. Itupun masa hari raya korban saja. Ramai orang yang mempertikaikan tentang pulut dan nasi. Tapi secara teknikalnya, adakah pulut dan nasi adalah benda yang sama? Ejaan pun dah lain-lain, maka cabaran #SebulanTakMakanNasi tidak void! Hahahahahahahahahhahahaha!!!!!!

Begitu juga dengan mereka yang mepertikaikan aku makan bihun. Memang bahan untuk membuat bihun berasal daripada beras, tapi adakah BIHUN = NASI = BERAS = PADI? Ejaan pun dah lain, maka #SebulanTakMakanNasi masih berjalan. Point paling penting ialah NASI. Ejaannya ialah N.A.S.I. nasi okey?

Tak kiralah orang nak kata apa pun, selaku hardcore penggemar nasik kandaq Penang, aku dah berjaya tak makan nasik sebulan, kau mampu? Ini bukan satu cabaran nak berdiet ataupun nak mengurangkan kalori seharian dan yang seangkatan dengannya. Dengan training sebulan ni, insya-Allah, aku akan kurangkan makan nasi pada waktu malam – sebab itulah aku #SebulanTakMakanNasi. Paham? Kalau tak paham jugakk….. Godaiiiiiiiii. Hahahahah

Pagi Pertama #SebulanTakMakanNasi

Berapa kCal eh?

Memandangkan harini adalah hari pertama aku azam taknak makan nasi sebulan, aku kena fikir alternatif lain untuk menggantikan makanan ruji penduduk Asia Tenggara tu. Bukan senang nak fikirkan apa yang nak dimakan terutamanya pada waktu tengah hari dan malam.

Semalam, Nurul boleh gelakkan aku bila aku cakap nak cuba berhenti makan nasi sebulan. Adoi, lemah semangat betul, hahaha! Aku melawak dengannya minta breakfast yang bukan-bukan pagi ni. Dan hasilnya, sebijik macam breakfast mat saleh! Hehehehe… Terima kasih.

Persoalannya, sat lagi time lunch ngan dinner nak tibai apa pulak? Hahahaha