Poslaju Teruk V2

Aku pernah cerita dah kekesalan aku terhadap mutu perkhidmatan Poslaju dahulu [baca sini]. tetapi nampaknya seakan tiada apa-apa penambahbaikan pun daripada pihak Pos Malaysia terhadap isu ni. Aku dah minta kebenaran peguam Amer Hamzah Arshad untuk share gambar “malapetaka” yang telah diterimanya supaya pihak poslaju dapat faham nilai barang yang kami semua tunggu tu priceless dan polisi Pos Malaysia yang langsung tak menyebelahi pelanggan.

Ada sebab kenapa kadang-kadang aku marah sangat dekat Pos Malaysia. Kalau sampai lambat tu aku boleh sabar lagi, tapi apa boleh simpan ke sabar tu dalam poket kalau pakej yang ditunggu sampai dalam keadaan macam ni?Jangan kata pakai servis lain, gambar ni ni international parcel, memang go through via Pos Malaysia. Bekerjalah dengan ikhlas, jangan jadi mangkaq ubi.

Ada dua situasi marah aku pada Pos Malaysia; samada pada peringkat pengurusan ataupun pekerja itu sendiri. Kebanyakannya aku tuju kepada pengurusan Pos Malaysia yang lemah tetapi masalahnya yang banyak melenting adalah staf bawahan yang tiada kuasa membuat sebarang perubahan pada mutu kualiti servis Pos Malaysia.

Pos Malaysia, berubahlah dan tingkatkanlah mutu kerja pekerja-pekerja anda.