Star Wars: The Force Awakens (2015)


Setelah berhempas pulas berperang komen di Facebook group Official Star Wars Malaysia Fan Club tentang teori-teori Star Wars: The Force Awaken, akhirnya aku beli jugak tiket dalam masa terdekat daripada tayangan perdana pada 17 Disember 2015. Lewat hampir 18 jam daripada tayangan awal. Sebabnya, aku kerja Jumaat tu, malas nak berjaga malam Khamis malam Jumaat.

Continue reading



Faizal Hussein – Limelight

Selesai membaca Limelight hasil tulisan Faizal Hussein. Menceritakan sejarah penglibatannya dalam bidang seni terutama di layar perak.

Banyak menceritakan kisah menarik kepada geng-geng BMX dan Scrambler. Ia juga menceritakan zaman breakdance sampaikan band SEARCH pun kena petik baru nak up time tu.

Isi utamanya banyak menyentuh kepada kebajikan artis dalam soal gaji dan royalti sehingga kemuncaknya beliau meninggalkan SENIMAN.

Satu kritikan yang pedas tanpa berselindung dalam hasil tulisan ini. Jangankan Aziz M. Osman, dua pupunya sendiri, Rosyam Nor turut dikritik keras kerana soal ‘meletak harga’ yang menjadi standard kepada hasil pendapatan pelakon di Malaysia.

Senang cerita, semua orang dia fak habis dalam buku ni, dia sorang ja betul (standard la autobiografi, haha) Last sekali aku pun tak paham apa jadah tugas ortopedik berjaga-jaga dan merawatnya lepas kena patuk dalam Kanta Serigala. So, aku fak proofreader yang terbitkan buku ni. Kah kah kah!

Patutnya buku ni panjang lagi tulisannya. Tak puas aku baca Faizal Hussein fak habis semua orang. Hahahaha!