Dari Parapat Ke Berastagi

Pagi kedua di Parapat, usai bersarapan, Pak Daniel selaku supir kami membawa kami ke pekan Parapat untuk menaiki bot. Kami akan menuju ke Pulau Samosir.

Sebelum itu, oleh kerana malas memeningkan kepala, kami semua bersetuju untuk memberikan upah tambahan RP100,000 (RM27.70) seorang tak termasuk bayi kepada Pak Daniel sebagai upah ke tempat-tempat perlancongan lain. Upah itu termasuk duit parking, duit bot dan segala jenis “duit masuk” atau entrance fee di tempat-tempat yang kami sendiri tidak jangkakan. Sebagai contoh, harga feri nak ke Pulau Samosir ni adalah Rp5,000 seorang. Tapi oleh sebab kami dah bagi kat Daniel, dia dah kawtim habis semua bayaran tu.

 

Continue reading



Pertama Kali Ke Medan, Indonesia

Gayat? Semestinya. Ini adalah pengalaman kali pertama!

Trip ke medan, Indonesia ini telahpun dirancang sejak setahun lepas oleh kawan isteri aku, Mai dan Azizan. Asalnya kami dua keluarga saja, tetapi ditambah lagi satu keluarga menjadikan jumlah pelawat adalah 6 orang dewasa, 2 orang kanak-kanak dan 2 orang bayi. Trip ini hampir-hampir aku batalkan di saat akhir kerana keadaan kesihatan mak yang tidak mengizinkan beberapa hari sebelum aku berlepas. Selepas nampak okay sikit, dan berbincang dengan abang dan kakak, barulah aku pergi. Itu pun dalam keadaan hati yang tidak tenteram memikirkan mak.

Buat pertama kalinya dalam hidup, ini adalah kali pertama aku menaiki kapal terbang untuk sesuatu urusan.? Sangat gayat dan takut. Tak tahulah nak cakap macam mana!

 

Continue reading