Helmet SOL-68S Dragon

Boleh pulak aku terlupa nak review helmet yang dah banyak berjasa pada aku semasa hari-hari berkonvoi dan yang paling penting, sewaktu RSSM. Helmet ini ialah keluaran SOL atau dikenali sebagai Gmax di pasaran US dan modelnya ialah SL-68S Dragon.

 

Dragon tu sebab grafik di bahagian helmet tu berbentuk naga, dan ia direka oleh YF Design; pereka grafik yang pernah digunakan oleh Norick Abe, Alex Criville, Toru Ukawa, Tetsuya Harada dan lain-lain pelumba lagi.

 

Continue reading



Metal Zone Sold!

Tested with DC Adaptor

Tested with battery

Last checkup test

All up and ready, thanks to Mrs. Speedrider yang tolong bungkus

Ini adalah kali ke-3 aku tergerak hati nak lepaskan benda ni, dan kali ni, secara serius aku lepaskannya melalui blog aku yang kemudiannya diiklankan di beberapa group di facebook yang akhirnya, pembeli (bro Jimmy) yang menyatakan minat sejak awal di group peminat gitar kapok (Kapok Rules!) kelolaan Sham Sleepwalk (Facebook Fan Page dan MySpace).

Last call sebelum aku hantar Boss MT-2 Metal Zone ni kepada buyer, aku buat basic check. Test plug-in DC adaptor, tukar pakai battery pulak dan semuanya perfectly in place. Cuma battery tu, aku tak pernah pakai, memang dah dari dulu asyik pakai DC Adaptor.

My last session with Boss MT-2

Dan sebenarnya, Metal Zone ini yang aku beli dulu sebelum aku ada gitar karan. Kah kah kah!!! Bayangkan betapa sangapnya aku tak ada gitar karan, sampaikan aku cucuk gitar akustik aku masuk ke Metal Zone, kira-kira dah macam Kurt Cobain la dulu. Phuiiii!!!! Keh keh keh…

Rasa sedih pulak lepaskan benda yang aku mula-mula ada untuk belajar kenal apa itu gitar. Agak emo jugakla.. Se-emo Man Rani nyanyi Bunga Padang Pasir.. Perghhhh