Scorpions – Return To Forever 50th Anniversary Boxset (2015)

Pertama sekali, aku rasa segan betul nak tulis pasal benda ni, tetapi memandangkan ada request dari sahabat-sahabat, aku gagahkan jugalah nak menulis serba sikit pasal album terbaru Scorpions pada 2015; Return To Forever. Rasa bersalah pulak share kat facebook saja sebab Deaf tak nampak apa yang aku share kat sana dan beri komen. Saudagar Mimpi pun pujuk suruh up ke blog supaya Deaf boleh tengok. Ok, aku up.

 

Gambar memang banyak sikit, sebab aku nak share segala isi perut yang ada dalam pakej kali ni. Boleh luangkan masa nak tengok dan komen apa yang patut.

 

Continue reading



Wings – Terunggul (2004)

Wings TerunggulMula-mula ingat nak buat Wordless Wednesday, tapi takut orang tak paham pulak. Ok, aku cerita sikit la pasal album ni. Tak banyak, sebab album ni kompilasi.

Pada asalnya, aku beli CD saja (gambar atas). Tracklist seperti berikut:

CD 1:
Alam Barzakh
Lipas Kudung
R’n’R Lu Punya Suka
Bazooka Penaka
Satelit Puaka
Enigma
Jerangkung Dalam Almari
Kau Bukan “Brader”
Bujang Senang
Inspirasi Taming Sari
Trilogi (Potret Monalisa, Insaf, Midnight Blues)

CD 2:
Sejati
Diambang Wati
Bernafas Dalam Lumpur
Lena Diulit Intan
Biru Mata Hitamku
Aku Pun Tahu
Harapan
Taman Rashidah Utama
Misteri Mimpi Syakilla
Intanku Kesepian
Semalam Yang Hangat
Belenggu Irama
Cinta Seusia Kita (Previously Unreleased)

Lagu semua memang best kan? Yang tak bestnya, CD tu hilang dalam bas ekspress waktu travel dari Kuantan – Penang pada 2008. Sangap la aku!

Last sekali, Sharrul DNS up sale untuk Wings Terunggul tapi bentuk kaset. Aku malas cakap banyak, beli terus. Sharrul tanya, takkan aku tak ada CD lagi album ni? Ok, jawapannya aku dah bagi tadi. Hilang dalam bas.

Kaset pun kasetlah!



In Home Entertainment

Mula-mula sekali, mintak maaf la sebab semnejak dua menjak ni aku asyik up entry kosong tanpa gambar. Tak sempat nak kelebek gambar-gambar yang aku ambil dan edit untuk letak dalam blog. Jadi aku tulis sajalah untuk rekod aku sendiri. Terima kasih la pada blogger lain yang rajin baca apa aku nak meraban nanti dan dulu.

Semenjak kahwin ni, dah banyak benda aku tak sempat buat. Gitar tak pegang langsung dah, konvoi motor sekali sekala silap-silap setahun sekali, memancing dah dua tahun taj feel, layan konsert baru sekali (WIngs Rockestra), beli CD sekali sekala, LP jarang-jarang, dengar muzik jarang-karang jugak dan layan DVD (eh ada lagi ke DVD zaman download ni?) pun dah tak pernah layan.

 

So, baru-baru ni (sebenarnya dah lama), sempat la aku grab deal cantek punya dari Bentara (Rock At Large) yang melibatkan Oasis, Foo Fighters, Green Day, Blink 182 dan Audioslave. Special kat album Nimrod sebab sebenarnya aku dah ada dulu tapi hilang dalam bas ekspres. Orang moden zaman sekarang ni mana la ada hilang CD dalam bas kan? Semua layan mp3 dalam henpon tak pun iPod. Yang lawaknya aku tak pernah ada Imsomniac sebab aku start kenal Green Day pada zaman Dookie.

Audioslave bukan selera aku sangat, tapi tak dinafikan petikan gitar Morello dan suara Cornell memang bakal membuatkan bulu roma kaki aku berdiri. Oasis lagi lawak, aku beli album ni semata-mata sebab ada lagu Stand By Me, saja terkenang aku terkedek-kedek strumming gitar kapok first time belajar strumming lagu orang putih. Blink 182 pulak, pertama kali beli album dia sebab sebnenarnya aku tak pernah ambik port pun pasal band ni sebab dah asyik dengan Green Day.

Beli bulan 10 tahun lepas (2013), baru dua tiga hari ni baru boleh dengar. Tu pun lepas anak dan isteri tidur. Ha ha haaa sadis.