Model Baru Suzuki Untuk Tahun 2010

Nampaknya, Suzuki berusaha keras untuk menjadi pesaing utama di pasaran Malaysia bagi tahun 2010. Setelah kedengaran ura-ura Modenas akan mengeluarkan jentera berkapasaiti 150cc, Suzuki yang telah selesa mengeluarkan Belang R 150 pada 2009, nampaknya menumpukan kepada segmen pasaran mesra pengguna pula. Untuk Belang R 150, keupayaannya telah dibuktikan sendiri dengan Ride Solo Satu Malaya tanpa tajaan (sedihnya).

Designed by rihuhs @ MBC

Berita ngeri buat peminat kapchai-kapchai laju. Ya, dari cerita yang telah disahihkan, cuma tanpa specs yang lengkap, model tersebut berkapasiti 110cc sahaja. Lupakan saja jika anda ialah mat despatch yang nak tolong bos anda fotostat dokumen juta-juta ringgit pada waktu pagi (eh, ayat macam kenal jer…), tapi sekiranya anda adalah pengikut Smash Revo dan anda ialah mat-mat motor yang cintakan kedamaian ‘fun ride’, motosikal ini ialah jawapannya.

2010 juga diberitakan bahawa Suzuki Belang R 150 akan direka semula. Berita sedih kepada pengguna-pengguna Belang. Nampak gayanya hidup anda akan terus diselubungi misteri bunyi-bunyi yang tak menyenangkan berpunca daripada ‘auto chain tensioner’ yang masih belum diperbaiki oleh pihak Suzuki.

Sekali imbas, motosikal baru ini menyamai rekabentuk Smash Revo. Dan dengan berita Affendi Rosli yang telah menjuarai 115cc Underbone Asia Road Racing 2009 (overall), nampaknya Suzuki sepatutnya mengeluarkan model ini dengan ‘sempurna’.

Sempurna yang didambakan oleh rakyat Malaysia ialah:
(itupun jika pihak Suzuki berminat nak tahu…..)

  1. Bebas daripada sebarang factory defect seperti masalah-masalah enjin seperti yang berlaku kepada Suzuki Belang R 150 (chain tensioner prob)
  2. Bebas daripada sebarang factory defect seperti yang berlaku kepada Smash 110cc (rear foot stand dan false gear/gear tendang)
  3. Aktiviti-aktiviti sokongan daripada Suzuki terutamanya after-sales services. Aktiviti-aktiviti seperti convoy sponsorship adalah sesuatu yang amat diharapkan oleh Suzuki owners. Malangnya, Suzuki Malaysia, seperti macam kedekut sangat nak buat aktiviti-aktiviti macam ni. Patutla motor tak laku…..
  4. Marketing dan Advertising. Sesuatu yang amat memalukan… Giant company such as Suzuki with minor advertising on media such as on Television and etc. Yamaha Indonesia can afford to ‘use’ Valentino Rossi on their Jupiter ad and Suzuki with…????
  5. Suzuki boleh berbangga dengan laporan-laporan di akhbar ataupun majalah yang biasanya akan melambung pujiannya. Tetapi, sekarang bukan 10 tahun lepas. Review-review bebas oleh penulis blog dan pengguna forum lebih dipercayai oleh pengguna (hampir-hampirlah…). Jadi, kepada ‘mereka-mereka’ yang berada di dalam Suzuki yang tengah brainstorm why Suzuki Sales drop within these years, take this note – user/rider now gain more info on the net such as news, forums and blogs.
  6. Spare parts – The most Suzuki owner fear off. The most ridiculous price and the availability of these parts in some stores, chase all the Suzuki ‘newbies’ away. Eg, look at this price of Suzuki Smash Gear Lever –  RM21.80…. Ughhh… headache!!

Apa-apapun, Suzuki, prove your “Ranggi Dan Radikal” with your marketing strategy. Dont ‘RADICAL’ with your price. I want to see more Suzuki bikes on Malaysian Roads like you have done with RG Sports and RGV 120 several years ago.

Suzuki, good luck for 2010.