In Home Entertainment

Mula-mula sekali, mintak maaf la sebab semnejak dua menjak ni aku asyik up entry kosong tanpa gambar. Tak sempat nak kelebek gambar-gambar yang aku ambil dan edit untuk letak dalam blog. Jadi aku tulis sajalah untuk rekod aku sendiri. Terima kasih la pada blogger lain yang rajin baca apa aku nak meraban nanti dan dulu.

Semenjak kahwin ni, dah banyak benda aku tak sempat buat. Gitar tak pegang langsung dah, konvoi motor sekali sekala silap-silap setahun sekali, memancing dah dua tahun taj feel, layan konsert baru sekali (WIngs Rockestra), beli CD sekali sekala, LP jarang-jarang, dengar muzik jarang-karang jugak dan layan DVD (eh ada lagi ke DVD zaman download ni?) pun dah tak pernah layan.

 

So, baru-baru ni (sebenarnya dah lama), sempat la aku grab deal cantek punya dari Bentara (Rock At Large) yang melibatkan Oasis, Foo Fighters, Green Day, Blink 182 dan Audioslave. Special kat album Nimrod sebab sebenarnya aku dah ada dulu tapi hilang dalam bas ekspres. Orang moden zaman sekarang ni mana la ada hilang CD dalam bas kan? Semua layan mp3 dalam henpon tak pun iPod. Yang lawaknya aku tak pernah ada Imsomniac sebab aku start kenal Green Day pada zaman Dookie.

Audioslave bukan selera aku sangat, tapi tak dinafikan petikan gitar Morello dan suara Cornell memang bakal membuatkan bulu roma kaki aku berdiri. Oasis lagi lawak, aku beli album ni semata-mata sebab ada lagu Stand By Me, saja terkenang aku terkedek-kedek strumming gitar kapok first time belajar strumming lagu orang putih. Blink 182 pulak, pertama kali beli album dia sebab sebnenarnya aku tak pernah ambik port pun pasal band ni sebab dah asyik dengan Green Day.

Beli bulan 10 tahun lepas (2013), baru dua tiga hari ni baru boleh dengar. Tu pun lepas anak dan isteri tidur. Ha ha haaa sadis.