Pasar Karat Ipoh – Loken Rules!

Memory lane Ipoh Ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke pasar karat paling terkenal di Perak. Aku rasa, semua peminat barang lama dan terpakai mengatahui kewujudan Loken Ipoh. Ada yang panggil Lokin. Tak kisahlah mana-mana sat pun korang nak panggil asalkan ia bermaksud benda yang sama. Memandangkan selama ni aku ni macam katak di bawah tempurung, aku cuma tahu pasar karat kat Penang saja iaitu Ropewalk atau pelat tempatan panggil Roadwalk. Tak tahulah Loken ni apa maksudnya. Ada yang kata pasal nama jalan tu Jalan Loken. Ada yang kata pasal dulu ada supermarket nama Pasaraya Lok Ing. Apa-apa sajalah!   Continue reading