Tag Game

(1) – Thank and link the person that give you the award.

Thank You Ijau! Ini kali ke-2 kena tag. Kena tag oleh Ijau (Ada Apa Dengan Ijau). Dulu pertama kali kena tag pasal ada apa dalam wallet (link). Dulu rajin buat entry panjang-panjang sebab time tu idea tengah banyak. Sekarang, tengah berserabut dengan assignment, jadi aku buat seringkas yang boleh.

Seperti yang telah dijelaskan pada entry yang lalu, tag game kat internet ini dah lama. Kalau macam kitew, ala-ala main telefon buruk gitew (gelinya ayat).

BACAAN LANJUT: http://www.soloseo.com/blog-tag-tree.html

(2) – Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think fantastic (not in order of fantasticness).

Ok, gua tak list sampai 15 pun. Tapi gua list blog yang selalu gua baca atau gua rasa sempoi. Tak termasuk Ijau punya blog la sebab dia tag gua.

  • Hilang Punca – Kompom takkan balas balik tag sebab terlampau sibuk layan blog awek-awek. Blog dengan entry yang kadang-kadang superb dan kadang-kadang bapak sengal pun ada jugak.
  • Sembang Kencang – Kompom takkan balas balik tag sebab ada benda yang lebih penting dia nak utarakan kat blog dia. Fantastic sebab ada cerita drebar bas.
  • Gua Nak Rilek-Rilek – Kompom takkan balas balik tag sejak-sejak jadi towkey kedai baju ni. Cool sebab berani sound sana-sini, sememangnya the freedom of speech di internet!
  • Ku Di Halaman Rindu – Kompom takkan balas balik tag sebab rasanya kalau entry aku berkaitan dengan rock, baru Deaf akan baca. Superb dengan cerita rock especially Iron Maiden.
  • Krenmaut – Kompom takkan balas balik tag sebab dah kena tag. Another Iron Maiden fans, superb bab part-part muzik punya fakta. Dan aku suka cerita Australia tu.
  • In A World Of Magnets And Miracles – Kompon takkan balas balik tag untuk jaga maruah sebagai mat metal yang tak main tag, hahahaa. Tak sangka pulak mamat ni ada blog, satu kejutan jugak pada aku. Baru discover blog dia hari ni. Cilake!
  • Gaya Ulul Albab – Kompom takkan balas tag sebab mamat ni pemalas update blog. Fantastik sebab ada fakta-fakta ala-ala majalah Mastika. Tapi bila gua kata dia cilok fakta tu, dia marah. Cam haram! Hahahaha…
  • Sokernet – Spoof bolasepak paling sengal aku pernah baca. The most superb part bukan pasal menganjing (walaupun aku suka), tapi part-part fakta dan reveals yang kadang-kadang aku sendiri tak pernah dengar. Contohnya pasal satu kelab German (FC St. Pauli) yang betul-betul PUNK+FOOTBALL. KOMPOM takkan balas balik tag.
  • Hanis Zalikha – Apa macam? Macam gampang tak bila gua tag dia? Kompom takkan balas. The ohsemness adalah sebab dia cantik dan pandai mem’blog’ging. At least entry ada isi! Dapat jugak gua praktik 2-3 benda. Keh keh keh….
  • RAWR! – Ok, pada gua, dia memang ohsem. Selaku kawan lama gua sejak sekolah rendah yang dulu gua pernah buli dia, gua suka baca terutama bila dia blogging dalam bahasa Melayu. Gua rasa memang dia takkan layan tag game ni sejak-sejak jadi photographer hebat. Gua pun tak berani dah nak komen sengal-sengal kat blog dia. Takut jugak nanti kalau Chelsia Ng yang dia selalu buat photo shoot jatuh hati dengan gua, susah gua nanti.
  • Laga Kepala – Walaupun kadang-kadang ada pendapatnya yang gua object, tapi masih banyak info yang gua dapat dari lu, Zan.



(3) – State seven (7) things about yourself

1. Dulu gua gemuk, sekarang gua kurus. Senang cerita, rambut gua pun dah panjang macam rockstar sekarang.

2. Gua suka makan. Gua suka explore tempat baru bila berkesempatan, gua akan cari makanan baru untuk dicuba. Pantang sungguh! Pantang jumpak…..

3. Dulu Gua smoker, Sekarang gua non smoker, shisha gua layan lagi. Caffe Latte dan Red Bull flavor gua suka.

4. Sampai sekarang gua tak reti main gitar walaupun gitar gua Joe Wings sign. Walaupun begitu, hajat di hati Squier Stratocaster 70’s Large Headstock dan Epiphone Les Paul Goldtop tetap ada niat di hati untuk menyambarnya.

5. Gua suka Rock Melayu. Rock orang putih gua tak paham sangat sebab English 1119 dapat 7 saja masa SPM dulu.

6. Gua tak reti feeling-feeling dengan awek gua. Kental tetap kental. Itulah musibahnya bila bersekolah 11 tahun di sekolah lelaki saja. Masalah!

7. Gua kadang-kadang camwhore jugak. Sebab tu gua ada kamera. Dahla camwhore, suka bawak motor pulak tu. Jadi, dengan kesempatan yang ada, gua telah membuat Ride Solo Satu Malaysia yang telah diabadikan dalam Roda-Roda keluaran Jun 2010.

facebook comments:

4 Replies to “Tag Game”

  1. “Senang cerita, rambut gua pun dah panjang macam rockstar sekarang”

    punchline yg agak gempaq!
    Ijau D. Koceng recently posted..Sessi Jamming Metuk Ulau

  2. angan2 pun dah cukup (nak jadi gitaris hebat).

    Air guitar kat depan cermin je 😉
    Abang Ben recently posted..SLASH deluxe edition berserta lagu bonus

  3. shisha pun kurangkan beb… hehe.

    aku nak tengok ni kali aku post ni, keluar gambo baby ajaib tu lagi tak?

    1. mesti la keluar deaf, ko pakai email sapa tu.. hahaha

Leave a Reply

CommentLuv badge