Sony 40th Anniversary Walkman NW-A100TPS

Ni memang buat hal! Aku sebelum ni dah berazam takkan beli apa-apa mp3 player setelah smartphone makin lama makin canggih. Sekali model ni keluar, terus aku berubah fikiran!

Teaser dan promo model ni berulang kali naik di timeline Facebook aku sampaikan dah tak boleh tahan. Sempena ulangtahun Walkman yang ke 40 tahun (1 Julai 1979 – 1 Julai 2019), model NW-A100TPS ini dilancarkan. Yang tak boleh blah tu, model anniversary ni hadir dengan saiz memori dalaman paling kecil, 16GB. Kalau yang bukan model anniversary bersaiz 32GB. Kan gila Sony ni!

Saiz tu memang downside pada aku waktu mula-mula diumumkan. Tapi lepas baca rujukan web 2-3 kali, rupanya storan MicroSD model NW-A100 ni menyokong sehingga 2TB kad MicroSD! Apa gila nak sumbat lagu dalam kad sampai 2TB! Jadi, takda masalah nak sumbat lagi di memory card. Lagipun, ia adalah Digital Media Player, bukan habuan nak main game macam smartphone.Gambar-gambar di atas adalah antara koleksi Walkman yang aku ada, selepas ni di bawah barulah gambar sebenar Model NW-A100TPS tu.

Spesifikasi Sony NW-A100TPS adalah seperti berikut:

Size Approx 55.9mm x 98.9mm x 11.0mm 2.21 inches x 3.90 inches x 0.44 inches

Weight Approx 103 g 3.64 Oz

Battery Life MP3 (128kbps) / Ambient Sound Mode ON: 20 hours,MP3 (128kbps) / Ambient Sound Mode OFF: 26 hours,AAC (256kbps) / Ambient Sound Mode ON: 18 hours ,AAC (256kbps) / Ambient Sound Mode OFF: 24 hours, FLAC (192kHz / 24bit) / Ambient Sound Mode ON: 12 hours, FLAC (192kHz / 24bit) / Ambient Sound Mode OFF: 16, DSD (2.8224MHz / 1bit) / Ambient Sound Mode ON: 8 hours, DSD (2.8224MHz / 1bit) / Ambient Sound Mode OFF: 11 hours,MP3 (128kbps) / Noise Cancel ON: 21 hours, MP3 (128kbps) / Noise Cancel OFF: 26 hours, AAC (256kbps) / Noise Cancel ON: 19 hours, AAC (256kbps) / Noise Cancel OFF: 24 hours, FLAC (192kHz / 24bit) / Noise Cancel ON: 13 hours, FLAC (192kHz / 24bit) / Noise Cancel OFF: 16 hours, DSD (2.8224MHz / 1bit) / Noise Cancel ON: 9 hours,DSD (2.8224MHz / 1bit) / Noise Cancel OFF: 11 hours

Charging Time Approx 5.5 hrs

Battery Built-in Rechargeable lithium-ion Battery Charging USB power (from a computer via a USB) Type-C

Music Searching Methods All Songs,Artist,Release Year,Playlists,Album,Genre,Composer,Hi-Res,Recent Transfers,Folder,Cue sheet

Music Play Mode Shuffle Playback,Repeat Off,Repeat 1 Song,Repart All,All Range,Selected Range

Display 3.6-inch (9.1 cm) ,HD (1280 x 720 Pixels)TFT colour display with white LED-backlight

Sound Effects Direct Source (Direct) ,10 Band equalizer,DSEE HX,DC Phase Linearizer,Dynamic Normalizer,ClearAudi+,Vinyl Processor

Audio Playback MP3 ( .MP3): 32 – 320kbps (Supports variable bitrate (VBR) ) / 32, 44.1, 48kHz,WMA ( .WMA): 32 – 192kbps (Supports variable bitrate (VBR) ) / 44.1kHz,FLAC ( .flac): 16, 24bit / 8-384kHz,WAV ( .WAV): 16, 24, 32bit (Float / Integer) / 8-384kHz,AAC ( .mp4, .m4a, .3gp): 16-320kbps / 8-48kHz,HE-AAC ( .mp4, .m4a, .3gp): 32-144kbps / 8-48kHz,Apple Lossless ( .mp4, .m4a): 16, 24bit / 8-384kHz,AIFF ( .aif, .aiff, .afc, .aifc): 16, 24, 32bit / 8-384kHz,DSD ( .dsf, .dff): 1bit / 2.8224, 5.6448, 11.2896 MHz *Audio that is converted to Linear PCM is output.,APE ( .ape): 8, 16, 24bit / 8-192kHz (Fast, Normal, High) ,MQA ( .mqa.flac): Supported

Frequency 20-40,000 Hz

Operating System Android 9.0

Noise Cancelling Digital Noise Canceling Select NC Environment: Full-auto AINC, Bus / Train, Airplane, Office

Wireless Capabilities Communication system: Bluetooth Specification Version 5.0,NFC: Yes,Supported Bluetooth profiles: Yes,Supported Codecs (Transmission): Yes,Supported Codecs (Reception): No

Atas pertimbangan berbulan-bulan secara wajar, aku ambil keputusan untuk beli! Model NW-A100TPS ni didatangkan dengan cop mohor 40th Anniversary Walkman di belakang player tersebut.Kotak dah lawa, player pun lawa!

Ni racun sebenar untuk model 40th Anniversary ni, sebuah soft casing berbentuk Walkman pertama Sony, TPS-L2 didatangkan hanya dengan model NW-A100TPS ni. Yang ni memang killer punya features walaupun kosmetik! Aku kalah dekat sini. Setelah 2-3 hari pakai, seriau pulak dengan soft casing ni. Memang fragile sangat dan perlu dibelai. Bayangkan semasa aku nak capai ambil dari dalam beg, terlepas grip tangan dan terkena kuku, nampak bekas kuku tu di casing! Soft casing ni macam ada sponge lembut di permukaan dia, aku nak cakap pun tak tahu macam mana ni.

Ulasan
Aku terpaksa tarik balik semua persepsi aku terhadap Digital Media Player sebelum ni. Dengan penggunaan NW-A100TPS ni, digabungkan dengan ATH-M50xBT, sound details lebih tepat dapat didengari. Untuk album Dirgha Belasungkawa (Langsuir) misalnya, buat pertama kali aku dapat dengar jelas 2 gitar dimainkan oleh Batara dan Mirlanas (sebelum ni aku tak dapat bezakan 2 bunyi gitar berlainan) disebabkan sistem audio aku di rumah dan kereta cuma setakat dapat dengar saja.

Binaan player tu kecil dan agak sukar untuk navigate menu-menu di skrin memandangkan jari-jari aku agak besar. Tapi takpa, selagi tak melibatkaan penggunaan nak type panjang-panjang, ianya tak jadi masalah. Aku kena ‘re-tune’ fikiran aku yang ini adalah music player, bukan handphone.Inilah masalahnya bila pakai Android, bila pegang tu feel dia memang macam pakai handphone! Bezanya yang ni bersaiz kecil.

Ciri-ciri yang ditawarkan seperti S-Master HX, DSEE HX, Vinyl Sound, DSD playback adalah benda-benda baru yang aku baru nak explore. 3-4 hari pakai rasanya tak cukup untuk aku simpulkan semuanya kat sini. Harganya memang sangat premium untuk orang-orang macam aku. Terketar tangan juga masa nak bayar. Tapi kalau dah jatuh cinta tu, pejam mata ajelah.

#HatiGembiraPoketMenangis

facebook comments:

Leave a Reply

CommentLuv badge