Bersempena dengan Hari Guru pada hari ini, 16 May 2012, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua-guru-guru saya daripada cikgu tadika, tok mengaji, cikgu sekolah rendah terutama Cikgu Bakaq yang saya ingati di Sekolah Rendah Kebangsaan St. Mark, semua guru-guru di Penang Free School terutamanya pada Ustaz Suhaimi dan Ustaz Syed Mahayuddin, pensyarah-pensyarah saya di Politeknik Seberang Perai terutamanya Encik Masnawi You Are The Mannnnnn coz Stone Cold Said So! dan pensyarah-pensyarah di dunia baru saya di Universiti Sains Malaysia.
Saya mengharapkan agar segala ilmu yang telah saya dapat dihalalkan dunia dan akhirat. Terima kasih kerana telah banyak membimbing saya selama ini. Maafkan saya kerana saya gagal jadi Perdana Menteri. Tersangkut jadi juruteknik saja. Hahahhaha….