Selamat Datang, Anakku

Hari Pertama

21 Mac 2012 sememangnya aku dah mengambil cuti untuk membawa wife aku untuk membuat pemeriksaan berjadual di Klinik Ibu Dan Anak, Daerah Kepala Batas. Cuma agak cemas sedikit apabila selepas aku balik kerja pada 20 Mac 2012, isteri dah mula mengadu perut memulas. Mula-mulanya aku bertegas yang ia mungkin hanya false alarm atau Braxton Hicks Contraction. (Ya, aku membaca tentang semua ni sebab isteri rajin hantar e-mail setiap minggu perkembangan fetus). Apabila Ibu mertua cakap dia tak sedap hati, aku terpaksa mengalah dan menghantar Nurul ke klinik.

Apabila sampai dan jururawat membuat pemeriksaan Cervical Check, mereka mengesahkan bukaan serviks adalah sebanyak 2cm dan isteriku perlu ditahan di wad. Aku tak dibenarkan menunggu di klinik dan disuruh pulang.

 

Menunggu di hadapan klinik. Wad di tingkat atas

Hari Kedua

Aku sampai bersama ibu mertua di wad pada lebih kurang 8 pagi. Seperti biasa, Nurul cemas dan asyik bertanya mengapa aku lambat. Memang lambat pun sebab jalan jem, waktu 0630-0900 memang waktu orang masuk kerja. Pada waktu ini, bukaan adalah sebanyak 3cm dan bacaan ini tidak berubah sehinggalah waktu malam. Mak mertua pulang bersama abang ipar. Aku mengambil keputusan untuk lepak di kawasan sekitar, lepak dengan kawan-kawan untuk menghilangkan perasaan gemuruh.

Nurul mengambil keputusan untuk tidak mengambil labour induce dan ini mengakibatkan kesan sakit untuk bersalin datang lambat dan tidak konsisten walaupun kerap. Jadi……

 

Hotel tiang tengah da….

Aku mengambil keputusan untuk bermalam saja di Palm Inn Hotel, hotel paling dekat dengan klinik. Sempat la mandi, solat Isyak dan sunat hajat agar semuanya dipermudahkan untuk isteri bersalin dan keselamatan isteri dan anak aku. Lepas solat, lepak lagi dengan kawan, siap sempat pi makan Nasik Kandaq Aboo lagi!

 

Gelisah. Allah saja yang tahu

Hari Ketiga

Sekitar pukul 0120HRS, aku menerima panggilan Nurul. Ya, pada waktu-waktu begini secara automatik aku akan beranggapan yang Nurul akan bersalin pada bila-bila masa sahaja. Suaranya cemas dan termengah-mengah. Aku dan Shahrul waktu tu baru sudah melahap Nasik Kandaq Aboo (8 bulan rupanya aku tak mai, terima kasih Foursquare untuk notifikasi!)

Sempat aku bercakap dengan jururawat, katanya bukaan serviks telah maksimum dan boleh bersalin pada bila-bila masa. Aku cuba mengawal perasaan panik daripada terus menekan sampai habis pedal minyak Cik Elle. Jadi, aku berjaya memandu taklah laju sangat cuma terbabas sikit la daripada had laju kebangsaan tu…. Kecemasan la katakan… Terpaksa pulak aku menipu bila nurse tanya aku berada di mana, aku jawap di hotel (dekat saja, 5 minit perjalanan), padahal aku berada di Sungai Nyior! Baru sudah makan. Taknak aku tambah panik isteri.

Tunggunya di hadapan klinik bukan sekejap, sampai pukul 3 lebih. Sepatutnya aku dah boleh masuk labour room dan temankan isteri, tapi entah kenapa, aku tak mendapat lampu hijau daripada sister/matron (tak pasti) syif malam yang garang gila babi dan emo tahap gaban itu untuk masuk ke dalam klinik. Katanya, aku perlu tunggu doktor sampai. Sudah….. Aku mula berfikir bukan-bukan, apa yang mereka cuba sembunyikan daripada aku?

Doktor sampai lebih kurang 0315HRS dan aku dibenarkan naik menunggu di ruang menunggu. Ya, aku belum dibenarkan masuk! 5 minit kemudian, jururawat Melayu yang berbudi bahasa sejak dari hari mula itu memanggil aku, “Encik Musyrif, masuk cepat dan bagi semangat kat Nurul”. Aku hanya mampu membisikkan syahadah dan doa Nabi Yunus di telinga nurul. Semua jururawat nampak cemas dan letih – dan kadang-kadang aku nampak keadaan tu macam penyokong sukan tarik tali sedang memberikan arahan pun ada.

Aku nampak kepala bayi. Nurul nampak letih sangat-sangat dan proses meneran tiba-tiba terhenti. Aku dah agak memang ada masalah. Nurul tak dapat meneran sejak 2 jam lepas dan ini agak berbahaya pada bayi. Dr. Tan memaklumkan; “I kena pakai vakum, your wife cant push it already. She’s weak”. Aku cakap – OK.

Aku paksa Nurul bangun dan meneran sama seperti arahan jururawat-jururawat yang ada di dalam labour room tersebut, Aku dapat dengar betapa kuatnya bunyi vakum – mungkin menarik bayi keluar dan menghisap cecair yang ada dalam mulut bayi. Apa yang aku dapat lihat cumalah tubuh berwarna biru – sesuatu yang aku tak jangkakan sama sekali.

Terdengar tangisan bayi. Aku lihat jam aku – 3.2o pagi (re-tune petang sebelumnya sebab selalunya aku set jam awal 10-15 minit).  Aku dengar jururawat kata OK, doktor pun kata OK. Aku cuma mampu menyebut Alhamdulillah, begitu juga isteriku. Ketua jururawat  syif malam yang garang memanggil aku untuk melihat anak aku, masih berwarna biru. Aku minta untuk azankan tetapi…

 

Sekujur tubuh berwarna biru di bawah lampu. Percayalah, waktu bersalin, birunya macam X-Men

Ketua jururawat syif malam yang garang bekata, “let we take over your child first, after that we’ll let you do your prayers”. Aku diarahkan keluar dari dewan bersalin. Aku dapat lihat suhu anakku diambil dan terus diletakkan di bawah lampu pijar. Bayi-bayi sebelum ini tidak berwarna biru, kenapa anak aku berwarna biru, apa masalahnya?

Perlahan-lahan aku dapat lihat kulitnya bertukar menjadi kemerah-merahan. Aku lega. Aku kemudian difahamkan, kebanyakan proses vakum akan menyebabkan bayi lebih biru daripada biasa. Dan biasanya, kaedah vakum digunakan apabila si ibu tidak mempunyai tenaga yang banyak untuk meneran.

[quote]Immediately after birth, a newborn’s skin is often grayish to dusky blue in color. As soon as the newborn begins to breathe, usually within a minute or two, the skin’s color reaches its normal tone. Newborns are wet, covered in streaks of blood, and coated with a white substance known as vernix caseosa, which is hypothesised to act as an antibacterial barrier. The newborn may also have Mongolian spots, various other birthmarks, or peeling skin, particularly on the wrists, hands, ankles, and feet. – wikipedia[/quote]

Selepas nampak sedikit normal, aku dibenarkan untuk mengazankan anak sulung aku. Sampai di “hai ya alassolah” aku terasa sebak tiba-tiba. Betapa cepatnya masa berlalu dan aku sekarang bergelar abah. Syukur alhamdulillah isteri dan anakku selamat.

Anakku, Muhammad Qayyum Bin Musyrif. Lahir pada 22 Mac 2012, 0323 HRS
Tok Sungai Puyu dan Mak Tok Pajak Song tengok cucu

Hari Ketiga

Aku pulang ke Hotel Palm Inn pada pukul 0430HRS dan bertanya samada hotel boleh memberikan half rate sebab aku nak checkout malam tu jugak – jawapnnya TAK BOLEH. Geram betul aku sebab sesetengah hotel boleh bagi half rate berdasarkan budi bicara (nasib baik receptionist 2 orang tu cun macam dalam Hotel Mania, tak la marah sangat). Jadi, aku telefon mak mertua dan beritahu aku nak berehat di hotel, alang-alang dah nak kena bayar full. Selepas mandi dan sebelum tidur. Aku menunaikan solat sunat. Mungkin bapa-bapa lain berasa sebak ketika mengazankan anak. Tetapi bagi aku, sebak itu betul-betul terasa selepas aku solat sunat ini. Aku hanya mampu bersyukur, mendoakan apa yang terbaik untuk anakku dan menerima segala jenis ujian sebagai Qada’ dan Qadar yang telah Allah tentukan. Aku pulang selepas Subuh ke Pajak Song. Mak mertua mambantu aku untuk menguruskan uri.  Siap semuanya, aku mengambil pula mak di Sungai Puyu.

Alhamdulillah. Aku kini abah! Nurul bergelar ibu!

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

4 Replies to “Selamat Datang, Anakku”

  1. tahniah…anak aku yg 1st pun vakum jugak…siap ada berbekas lekuk kat kepala…tapi jgn bimbang…makin membesar lekuk tu makin hilang….

    selamat datang ke kelab abah2…heheh…

  2. alhamdulillah, tahniah
    sekurang2nya tak buat caesarean

    next 2 months, giliran aku pulak… dub dab dub dab! O_O
    Ijau D. Koceng recently posted..KRU – The Great

  3. Tahniah! Tahniah!
    lukmanw recently posted..Jangan Kentut Di Sini!

  4. […] 1 tahun. Di saat 2-3 hari sebelum hari ni, kerap aku cakap kat isteri, “abang rasa macam baru semalam saja Muhammad Qayyum lahir […]

Leave a Reply

CommentLuv badge