SEARCH: Soundcheck Seberang Jaya

Selepas sembahyang Jumaat, aku kelam kabut pergi ambik Shahrul. Tempat tujuannya cuma satu; Tapak Ekspo Seberang Jaya. Macam nak pergi perang pulak aku dengan beg-beg tu semua.

Boring betul tunggu lama-lama ni. Apa lagi, pekena la sebatang dua dulu sementara subjek yang dikenalpasti nak sampai.

Sebenarnya, aku dapat tiket eksklusif untuk bertemu SEARCH (backstage pass). Belasah ajalah, sebab tu aku ajak Shahrul.

Yeah!!! Lu rock? Phewiiitttt!! Sound test 1-2-3-4.
Pastu abes.
Sound check paling senang dan yang paling tak sakit kepala. Hehehe, steady la Bro Amy. Bila pulak Armani Exchange sponsor? Ray-Ax dah tak sponsor ker?

Akhirnya, kalau ikut jadual, pukul 4 dah start. Tapi paham-paham ajalah…. Pukul 5 lebih baru la nak nampak muka-muka member SEARCH ni. Terus buat soundcheck. Bro Yazit mendominasi stage. Dekat-dekat sejam jugak dia asyik ketuk drum tu. Antara beat yang sempat aku tangkap ialah intro Kamelia – Sweet Charity.

Ingatkan kami saja audiens yang mengantuk tunggu… Bro Nasir pun sama la ngantuk ngan kami. Hahahahahahaha….

Lepas tu, Bro Nasir apalagi, tak melepaskan peluang la bila turn dia untuk buat soundcheck. Hehehehehehe. Nampak gaya, Isabella dah tentu masuk dalam list dalam konsert esok malam. For sure!!!

Dan yang pastinya, kehadiran bro Din memetik Jackson kali ni betul-betul menarik perhatian audiens. Lagu yang sempat aku tangkap dia test ialah Crazy Train (Ozzy)/Sweet Dreams (Marilyn Manson) – tak pasti.. Hehehehe.

Akhirnya, giliran encik John kita, Hillary Ang pula test power. Macam nak pecah dada ja sebab sound terlampau kuat. Dan yang pastimya, saudara Ayed la yang nak kena check balik semua tu.

Hahahahah, klasik abes gambar ni!!!! Aku macam balik zaman 80-an la!!! Ni salah seorang pemenang Celcom jugak ni. Brader, berapa lu abis duit kat bundle pergi cari spek ngan seluar carrot tu? Heheheh, lu memang rock abes la wa cakap sama lu!!!

Bersama orang di belakang tabir www.muzikrock.com, brader Khys kita. First time jumpa. Selama ni, aku asyik email dia ja. Database musik rock terbesar untuk Malaysia setakat ni selain dari MasterComp. Heheheh…

Huhuhu, brader Din takmo kawan ngan aku la pulak… Takpelah.

Sesungguhnya, hari ni ada kelemahan sikit daripada segi masa. Kalau SEARCH datang awal sikit, dah tentu lebih banyak sessi fotografi boleh dibuat. Dan akhirnya, TIKET EKSKLUSIF aku dah rasa macam tak eksklusif. Tapi ok la, boleh jugak tengok buat soundcheck. Terima kasih pada Celcom untuk bagi backstage pass ni. TQ so much.

Ya…………………. Siapa lagi jurugambar rasmi aku hari ni kalau bukan Encik Shahrul kita. Semua gambar dia amik. Biar dia test camera ngan lens baru tu puas-puas. TQ bro!

till then, rock in!!!! \m/ \m/

facebook comments:

5 Replies to “SEARCH: Soundcheck Seberang Jaya”

  1. carvedijan says: Reply

    harap hang and the geng semua enjoy malam ni!!! rock on bro

  2. tengok lu muka lu layak jadi bouncer belakang pentas…
    kalu nak jadik line-up pun bleh gak… jadi penari latar lagu kepala angin… hehehe…
    gurau jer…
    lu tetap rock!!! \m/\m/

  3. Bro, thanks for the update! Jgn lupa kasi news before and after the concert.. TQ!

  4. oit mus hapdet la cepat..wa pon xsabau nak tgk view konsert..smlm ujan whole day kan?

  5. smart ah gmbr!heheh..apsal din tknk kawan ngn lu?hahahah..

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

CommentLuv badge