Scalper

Screenshot_2015-12-20-20-19-31-01

Ramai tak pernah dengar benda ni. Dalam seminggu dua ni mungkin ada yang baru tau benda ni sebab aku asyik pakai.

Benda ni sebenarnya dah lama. Main LP pun ada scalper. Tapi mai aku nak cerita sikit supaya orang tak salah faham.

Keuntungan
Aku tak salahkan sesiapa yang nak scalping atas tujuan keuntungan. Perniagaan, aku faham. Tapi bila scalping sampai tahap licin tak tinggal apa, ini sangat melampau. Kes ni pernah jadi pada sale “ikut time” telefon Xiaomi. Kebanyakan buyer scalping dan pembeli tulen terlepas peluang (memerlukan). Nampak tak perbezaan business profit dan keperluan di sini? Dan kebanyakan scalper terus terang cakap, tak ada ilmu. Scalping dan re-sell pada waktu yang sama, contoh semasa; Shell Lego Ferarri – scalpers tak tahu yang Tanker akan restock semula. Kesian pada buyer yang beli mahal-mahal dari scalper.

Peluang
Hal kedua. Biasanya nasib. Contoh, pergi beli barang longgok. Murah. Tiba-tiba baru tahu benda tu bernilai tinggi. Ada permintaan, offer tinggi. Transaksi jual beli berlaku. Untung. Masih merujuk pada kes pertama di atas. Orang tak marah.

Keperluan
Contoh paling banyak berlaku pada dunia hobi terutamanya dan paling banyak buat orang rage, contoh:
1. Sapu bersih LP RSD (biasanya limited) dan resell. No intention to hear. Merujuk perkara 1 dan 2; Keuntungan dan Peluang.
2. Sapu bersih discounted LEGO models. Paling banyak berlaku. Not a LEGO fans pun sebenarnya, tapi masih kepada perkara 1 dan 2
3. Sapu bersih figurines dan resell. Tapi Capt. Phasma lembik gila (contoh). Terus dari harga jual RM300 jatuh ke RM150 (black series). Aku perhati collector tegar figurines sabar bab ni. Limited edition bukan bermaksud buat cuma 50 bijik, tapi beribu! Selangor Pewter buat limited edition figurines pun siap buat balik sebab demand tinggi. Dan aku rasa scalper Lego tanker Shell silap perhitungan sebab Shell restock balik pun…. Beribu jugak.

Pendapat aku, nak scalping tu tak salah. Tapi ingat la orang belakang sama. Dan lagi satu, nak re-sell tu survey la market price. Harga cam gampang ko letak.

facebook comments:

2 Replies to “Scalper”

  1. aku ingatkan scalper kikis cat…

    btw, aku cuma sempat kumpul lego F12 dan podium saja (itupun anak dah rembat), kelisa aku kalau isi RM40 blh tahan 2 minggu, so 2 minggu sekali baru singgah shell 😀
    Ijau D. Koceng recently posted..Activated HS Mirage

  2. Rainbow 2016 nye tiket di Birmingham harga about 70 pound. Dalam 8 minit jual, sold out 15,000 tickets gitu.
    apa aku tahu tikets tu ada dah sampai 800 pounds kat resale website, pasal scalpers tahu peminat satu dunia tengah desperate.
    scalpers kadang2 ada better access to the items in the first place or more well prepared.

Leave a Reply

CommentLuv badge