Sayap-Sayap Wings 3rd Renewal

Postage dari Madi S2W

Akhirnya, sampai jugak barang aku daripada salah sorang orang kuat Sayap2wings iaitu Madi aka Madi Swat aka Madi Jambu (aku kata pi lah, dia bukan baca pun blog aku, hahahaha). Aku rasa tahun ni rotate tugas kot, dia pulak yang hantar, sebelum ni, Zul Azri yang hantar barang-barang rasmi ni. Berbeza dengan renewal 2nd year aku yang dibuat di Tapak Ekspo Seberang Jaya sewaktu………. errrr, aku tak ingat samada ketika konsert Rock And Retro Sinar.fm, Search Di Awan Biru ataupun Konsert gemuruh DT Double Trouble. Kali ni aku buat renewal online sajalah memandangkan belum ada konsert-konsert Wings yang aku sempat pergi tahun ni.

Package baju
Design baju bahagian depan untuk tahun 2012-2013
Design belakang + lengan
Dulu aku pakai XL, sekarang 3XL, dah kurus nampaknya…

Tiada perubahan besar terhadap design, cuma design tahun ni mengambil ruangan penuh berbanding design tahun kedua (ya, aku lupa update design baju untuk 2nd renewal S2W). Aku tak pasti siapa yang design, cuma menurut agakan aku, ini bukan design dari geng-geng Grousiey Printhouse (yang selalu design official merchandise Wings). Mungkin Zan tahu dan boleh beritahu dalam blog dia nanti, itupun kalau dia nak beritahu lah sebab gua syak, dia tengah dalam proses becintan-cintun sejak jadi retis Dunia Eicak nih, tu yang jarang update blog tuh! Gua syak aja laaaaa……

 

Tiga serangkai
3 Jenis Keahlian

Semasa renewal di konsert-yang-gua-pun-tak-ingat-mana-satu-punya-konsert tu (2nd year renewal), terdetik juga kenapa tak sort out membership number seperti mula-mula buat dulu? Tetapi memandangkan waktu tu susana agak sibuk di booth, aku pun tak tanya apa-apa lah. Tetapi untuk 3rd year renewal, aku tanya Madi siap-siap, boleh pakai balik tak nombor asal? Jawapan yang best dah tentulah dia kata ya selagi stok masih ada dan dah pre-book by S2W Committee untuk ahli-ahli lama yang nak nombor asal balik.

Pernomboran berubah dimana pada tahun pertama tiada pangkal huruf, tahun kedua dengan prefix WXXXXX dan yang terkini, prefix yang lebih menonjolkan identiti Sayap-Sayap Wings digunakan iaitu S2WXXX. Apa ada pada nombor? Sebab aku pun taktau yang dulu waktu Arwah Ijan, Madi, Zan, Kuda dan yang lain-lain berbincang pasal penubuhan S2W, aku tak diberitahu pun yang selepas 5 orang diatas tu, aku yang di luar 5 tu menjadi orang pertama berdaftar secara rasmi siap dah bank-in duit. So lengkaplah aku memegang kuota Enam Jahanam. Hahahahahahha!!!!! Nombor James Bond waktu tu dipegang oleh SGNS aka Siamanggagapns susah betul nak eja nick mamat nihhhhh!!!! Grrrr!!!! So, sebenarnya takdak apa pun pasal nombor, cuma memori bersama Arwah Ijan (waktu tu, semua geng-geng ni aktif kat Multiply) – Al-Fatihah.

 

Antara T-Shirt yang dah sempat kumpul bersama Sayap-Sayap Wings

Jadi pada aku, renewal fee sebanyak RM40.00 tu tak de hal punyalah kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan S2W Committee yang sms sana sini, telefon sana sini, update sana-sini untuk menghebahkan berita tentang Wings kepada semua Sayap-Sayap Wings yang ada. Terima kasih kepada mereka kerana walaupun aku tak dapat lagi join sekerap dulu sewaktu zaman bujang, at least berita-berita dari Wings selalu dikemaskini oleh mereka ni.

Baju pun dah nak penuh almari, Mrs Speedrider pun dah naik meluat tengok baju-baju ni, so aku aku akan review setiap koleksi baju Wings aku nih nanti.. Hahahhahaha!

facebook comments:

4 Replies to “Sayap-Sayap Wings 3rd Renewal”

  1. very nice collection beb

  2. […] aku pilih pun US Size lah, kalau tak melekat lagi size XXXL atau 3XL dalam gambar macam gambar baju S2W haritu. Hehehehe This entry was posted in Uncategorized and tagged limited edition, rock, […]

  3. bju wings yg wene klabu tu ade lagi x

    1. Kena tanya Grousey

Leave a Reply

CommentLuv badge