Satu Apresiasi

Akhirnya… Brader Joe telah dikejutkan dengan satu pemberian yang tidak dijangka oleh salah seorang peminatnya iaitu Saudara Zulhakim (nick: fanatikwings) dengan pemberian Ibanez RG370DX Lefthanded.

Saudara Zulhakim dari Alor Star, telah menyerahkan Ibanez RG370DX (lefty) kepada Joe Wings pada 2 Ogos 2009, bertempat di Hotel Sunway, Penang. Saudara Zulhakim merupakan salah seorang dari ribuan peminat WINGS yang betul-betul hardcore. Dengan penyerahan gitar ini, menjadikan Joe Wings menambah satu lagi koleksinya selain daripada:

GIBSON Les Paul Custom
HAMER Custom Reverse Headstock
KILLER KG-Prime Original
SCHECTER Hellraiser Lefty
TAYLOR Acoustic
MAESTRO EJ-1, ED12-1 Acoustic

Maklumat lanjut di forum Sayap-Sayap Wings (rasmi)

Apresiasi bukan Bahasa Melayu. Tapi ia membawa maksud kepada Appreciation atau dalam Bahasa Melayunya ialah penghargaan. Dalam kes ini, aku speechles dengan Zul. Aku tanya dia, kenapa dia sampai sanggup bagi guitar kat Joe Wings? Aku yang nak beli gitar sendiri pun terketar tangan nak beli.. Berikut ialah jawapan dia, tanpa sedikitpun aku edit:

Dari kecik, aku mmg minat joe wings. Memang impian aku dari dulu utk bagi gitar kat abg joe. Akhirnya, selama 22 thn menunggu, akhirnya impian aku tercapai. Baru2 ni, aku borak panjang semasa dlm perjalanan dari penang ke ipoh. Abg joe naik kereta aku. Sembang2 pengalaman dia. Memang best. Tak sombong. (Yg lain hang tulis la, aku x tau nak karang dah.. Hi3..). Tapi mmg minat gila dgn joe wings..

Zul, memang beruntung ko dapat peluang macam tu. Dan 22 tahun adalah satu tempoh yang cukup panjang untuk dapat peluang macam tu. Aku pulak, baru 2 -3 kali dapat jumpa Abang Joe, tu pun tak pernah bersembang apa pun!!! Tak reti aku nak bersembang. Hahahahah… Yang aku tau, bagi gitar aku mintak dia sign aja.. Nak bagi? Mati idup balik aku nak beli balik gitar tu tak dapat dah… Miskin beb!

——————————–

Mood gua tengah baik. Di sini… Gua juga ingin menghargai pembaca-pembaca gua selama ini. Untuk Bulan Julai.. Gua lupa snap la pulak…
Pengkritik paling tegar pada bulan Julai jatuh kepada Deaf. TQ for rocking my un-famous blog, walaupun kadang-kadang ada entry rock leleh menghampiri dangdut.
So, bro deaf… Sila emailkan alamat lu untuk gua bagi satu barang sebagai penghargaan gua untuk lu. Mungkin akan sampai lambat sikit sebab dengar cerita, posmen cuti emergency banyak hari. Tapi, gua janji.. TETAP akan sampai. Email gua yerk!!! Alamat ada kat atas tu atau klik aja kat sini. Takleh tulis direct, nanti kena spam.

facebook comments:

2 Replies to “Satu Apresiasi”

  1. eddie dewanaga says: Reply

    masa brader Joe tarik pembalut tu, pastu nampak headstock dia, fuh!
    adoi… gua yg takde kena mengena ni terharu siot!!!

    kepada brader Zulhakim, lu memang best… serious!

    kepada pengedar Ibanez JB, model Destroyer kaler putih tu, kasik discount lebih sikit ah bro… hahaha!

    nanti gua kasik promo kedai lu dlm blog gua…

  2. sama jugak dengan gua. terharu

Leave a Reply

CommentLuv badge