RSSM: Hard Rock Ler Kununnya…

Aku dah sampai KL walaupun terlewat sehari gara-gara overdose JB-Seremban kelmarin.

Trip aku singgah lama di Medan Satay Kajang depan stadium tu. 1st round, jumpa dengan geng-geng forum Rockapak.org. Is & Lin & baby Muhaida, Abang Razief and friend, serta Tolyn ada sekali. Maaf, tak dapat sembang banyak sebab letih belum hilang serta bike-lag (ada ke, jet-lag ada la) pun dok rasa lagi. Tapi rasa puas dapat jumpa walaupun sekejap.
Nasri dan Kojal dari forum Belang R datang kemudian. Terima kasih Nasri sebab teman aku ke KL untuk tunjukkan jalan ke Hard Rock Cafe.

Terima kasih juga kepada abang ipar aku yang menjemput aku di HRC dan jugak sebab belanja baju HRC KL. Hehehe.

‘Love All, Serve All’ – kata baju tu. Tapi aku park kejap ja tadi.. Staff HRC kata, tempat ni untuk big bike ja. Hampeh btol! Haprak punya HRC KL. Poyo nak mampus. Aku buat kedai sendiri nanti baru tau. Bukan aku nak park lama-lama pun! ‘Love All’ la konon..

facebook comments:

2 Replies to “RSSM: Hard Rock Ler Kununnya…”

  1. Nazrishae Tuan says: Reply

    patut habis ride ni kat hard rock hotel !

  2. […] kakak aku. Terima kasih kepada Abang Ipar aku, bro Asep (Violent Storm MG) yang menjemput aku di Hard Rock Cafe, dan harap-harap tindakan gila aku parking motor Belang di HRC KL.. tidak memalukan bro.. […]

Leave a Reply to Ride Solo Satu Malaya: Rumusan at Speedrider Networks Cancel reply

CommentLuv badge