Rockers Track Suit

Benda ni sebenarnya kalau ikut term yang betul dipanggil Track Bottom. Tapi aku selalu panggil Track Suit. Sebenarnya track suit ni sekali dengan jaket. Tapi entah kenapa, aku dah terbiasa memanggil Track Bottom sebagai Track Suit. Rasa-rasanya semua orang takda masalah bila aku sebut benda ni sebagai track suit. Rasa-rasanya la….

Petang tadi, aku beli lagi benda ni. Entahhah, dah berapa puluh track suit aku ada. Selesa aku pakai sebenarnya. Kadang-kadang malas betul nak pakai seluar berzip terutamanya sekali seluar jeans. Tambah-tambah pulak, dengan berat badan yang dah macam dipam-pam sekarang ni, membuatkan aku lagi suka pakai track suit. Senang dan ‘sejuk’. Hahahaha…

Masa round Megamall Prai dengan Shahrul tadi, benda yang paling murah dan mengenyangkan dah tentulah sizzling mee ni. Cuma kali ni murah sikit di Megamall ni. RM4.20 saja belum termasuk tax 5%. Ok la sebab ada telur. Selalunya RM4.50 belum ada telur lagi.

Aku kalau dah sampai satu tahap waktu kedekut dengan diri sendiri, inilah makanan termewah yang akan aku makan setiap kali keluar. Selain daripada tu, pada waktu ekonomi tak berapa baik macam waktu sekarang, sememangnya aku tak cari makanan lain melainkan ada orang belanja aku.

Muzik Rock Dot Com

Sebenarnya aku ke Megamall Perai ni sebab nak collect Poster Calendar 2010 Muzik Rock ni. Apa macam, cun tak? Tq Khys sebab sanggup turun dari Kulim untuk pass benda ni kat aku.

Dan semestinya aku ambik poster ni sambil memakai track suit… Aiseh, pergi Megamall pakai track suit?? Tak rock betol!!!!

facebook comments:

7 Replies to “Rockers Track Suit”

  1. Where did you get your blog layout from? I’d like to get one like it for my blog.

  2. @Mike
    It stated at the blog footer.

  3. assalamualaikum,rock la tu pkai seluar tu g jln2..cool la..=)

    semart kalaendar?ade lebih?pos satu!hehehe…

  4. @pakcik kordi
    aku ada bagi link ke muzik rock tu, hang order ja kat situ

  5. terima kasih sebab link….

  6. @bro khys
    No sweat la bro. SIAU music stok album makin lama makin kurang… hrm…

Leave a Reply

CommentLuv badge