Ride Solo Satu Malaya – RSSM

salam semua sahabat..

Dengan ini, aku ingin maklumkan beberapa route yang aku akan ambil sewaktu solo ride aku nanti…
Apa-apapun, ni no telefon aku

019-4544507

Purpose: Perabih cuti
Target: 29/12/2009 – 2/1/2010 (5 hari)
Extra:

  • Saddle bag
  • Tong 4 liter untuk petrol spare
  • tank bag
  • bagpack tak bawak langsung

Route:
1. Grik – Kuala Terengganu – 29/12/2009 golek tayar dari Penang @ 0700 hrs
grik-pasir putih-permaisuri-batu enam terengganu
Target sampai: pukul 4 petang
Berkemungkinan tidur di Telekom Marang. (nak offer aku tdo ok jugak)  Cheesy

2.  Kuala Terengganu – Kuantan – 30/12/2009 golek tayar @ 0700 hrs
Target sampai, sebelum zohor. Kalau lambat, bermalam. Kalau awal, terus ke JB

3. Kuantan – JB 30 atau 31/12/2009 @ 15.00 hrs atau 0700 pada 31/12/2009
kuantan – pekan – rompin – mersing – kota tinggi – JB Kampung Melayu Majidee (aku tak sure pump petrol area pekan – mersing, tolong aku sikit…)
Anggaran perjalanan: dalam peta kata 6 jam.. aku letak 8 jam,

4. JB – Seremban – Kajang. 1/1/2010 @ 0700
jumpak member dan family angkat di Rasah dan Seremban kejap, lepas tu terus shoot ke Kajang, jumpak kawan-kawan lama. berkemungkinan tidur di Rumah kakak di Duta.

5. KL – Jitra. 2/1/2010 (kalau sempat. Kalau tak sempat, setakat penang sajalah…) golek tayar @ 0700 HRS

Aku akan update status di facebook aku:
www.facebook.com/sikayzie

atau terus di blog aku kalau aku rajin:
www.speedrider.org

Harap2 sesapa yang membaca, tolonglah post kat sini untuk makluman.
Towing Squad Belang aku print siap2 neh… Tolong jangan off henfon tau  doa

facebook comments:

12 Replies to “Ride Solo Satu Malaya – RSSM”

  1. kalau terlajak sampai ostolia, bagitau!

  2. Ijau D. Koceng says: Reply

    sblm ostralia dia kena pi jb dulu lps tu nyelam pi kuching, smbg ride pi samarahan – sibu – BINTULU – miri – brunei ds – limbang – lawas – sipitang – beaufort – MEMBAKUT – bongawan – papar – kk … amik flight dari kk pi ostralia

  3. huhuhuhuhuuuuuuu…. nak pi ostolia ngan kuching, nak kena naik motot besar sket… =)

  4. O.k just to inform.. bila sampai Mersing ada Banyak pam minyak..jgn lupa isi sebab next 70KM tak dak pam minyak dah..sampai ja kat Kota Tinggi baru ada.. Sekian..

  5. amin… mersing aku tak risau…
    Pekan – Endau Rompin aku risau.. Super risau

  6. bro, kalo singgah kg melayu majidee, singgah la jumpa gua …heheh..leh mengeteh nt…

  7. Wah..bahaya tu..kat kawasan tu kalo moto hang habes minyak mmg kene makan rimau la jawabnya.. wakaka..

    Wei berapa ramai org merempit kat Pekan-Endau rompin o.k je..ada org asli jual minyak dalam botol sebat ajelah..

  8. ati2 beb….apsal tk singgah temrloh?huaa…..tkpe la..oden paham…jauh dr lalauan..hehe…

  9. ajie. pada tarikh tentative, sila call aku…

    emmang aku akan tidur kat kg melayu majidee kat rumah AMIN tu…

  10. tido rumah amin?
    nt leh jumpa..rumah amin tu da jd port melepak aku hri2…hahah

  11. As salam..Kalau dari bandar Pekan(ada pam minyak)-Nenasi(ada pam minyak)-Rompin(ada pam minyak)-Endau Rompin(mungkin x da)-Endau Mersing(mungkin x ada)-Mersing(ada pam minyak)-Kota Tinggi(ada pam minyak)-Jb.

    Ni menurut pengalaman lalu berulang Pekan ke JB ikut mersing naik EX5..

    Yang penting dari Endau rompin ke endau mersing sebelum sampai bandar mersing memang kena ada spare minyak sebab akan lalu kawasan hutan.Dinasihatkan kalu lalu kat situ kalau boleh siang, senang kalau ada apa2 hal.
    good luck.

  12. tq pada semua.
    Alhamdulillah, misi berjaya

Leave a Reply

CommentLuv badge