Ride Gegar Terengganu – Day 2

Dalam Siri Ini:

Ride Gegar Terengganu – Day 1

Ride Gegar Terengganu – Rock/Punk Scene

Ride Gegar Terengganu – Day 3 (Finale)

——————————————–||——————————————–

Sarapan Paling Berkhasiat

Hari ke-2 di Kuala Terengganu amat mencabar bagi peserta konvoi. Syukur alhamdulillah, peserta semua bukanlah jenis liat nak bangun. Kalau tak, jenuh la nak tuang air atas muka nanti.. Hahaha…

Amirul merupakan peserta yang pertama kali ride straight long distance. Tapi, nampaknya dia ok saja. Ok tak bro? Pinggang ada ok? Galol, Abang Raji, Azra dan Min usah ditanya.. Semua kaki ride jauh. Min pun putus wayar punya rider jugak, jadi aku tak kisah sangat. Kelemahan aku pulak, terus terang aku tak reti nak agak baggage yang nak dibawa. Sejak sekolah lagi.. Selalu terlebih bawak. Tank bag kali ni cuma penuh dengan tools dan saddle bag pulak cuma diisi dengan baju. Rain suit aku letak sekali dengan tank bag.

Sarapan? Aku dan Min boleh dikatakan fan Maggi tegar.. Jadi, tak ada complain banyak. Tapi tindakan aku breakfast dengan Coke membawa satu isu besar di dalam homestay. Hahahah….. Kami terpaksa berpindah rumah (rumah belakang saja pun) kerana rumah yang kami duduk ni, telahpun ditempah oleh sebuah keluarga lain untuk malam ni.

Orang Gila Breakfast Laksa

Galol pulak dah belasah laksa pagi-pagi. Nasi Dagang dah habis, jadi diaorang belasah saja apa yang ada, Masa ni, pukul 10 pagi. Gerai Nasi Dagang ni terletak betul-betul di sebelah Homestay kami. Aku dan Min cuma minum minuman panas saja kat sini. Kami kan dah belasah megi tadi……

Lawatan pertama yang dibuat ialah ke Muzium Terengganu. Dengan bayaran tiket RM5.00 pelawat boleh masuk tanpa membawa kamera ke dalam. Apa yang bestnya, dalam muzium ni, terdapat sebuah basikalmotor Honda yang aku tak pasti berapa CC nya sebab tak ada notis penerangan. Gambar saman mamat naik Yamaha RX-S juga menjadi satu bahan pameran yang dibuat modal lawak.Tu tak masuk perkataan-perkataan old school seperti caping. Benda yang paling best, banyak benda yang tak ada dalam buku sejarah sekolah menengah seperti Orang Kaya Mengamuk (kerana tak dapat duit dari isteri) dan benda-benda lain yang aku tak boleh nak cerita sebab banyak sangat. Senang cerita, rupanya Terengganu ni kaya betul sejarahnya yang tak ada dalam buku teks sekolah.

Muzium ni lah si Aima dah masuk 20 kali dan si Paiseh pulak aku tak sure berapa kali dia masuk untuk curi papan lapis kat katil dalam segmen adat perkahwinan Terengganu tu. Mesti cool gila kalau Paiseh bagi hantaran sekor ayam macam diaorama perkahwinan rakyat Terengganu masa dia kahwin nanti.

Teringat Lawatan Sekolah

Cuma sedikit teguran kepada pengurusan muzium; sudut keselamatan tangga yang menghala ke tingkat atas perlu diambil perhatian dari sudut OSH. Bucu dinding boleh terhantuk kepala pengunjung, dan tiada pengadang di anak tangga. Begitu juga dengan penghawa dingin yang tak berapa sejuk. Paham-paham la pengudaraan nanti macam mana kan?

Dekan Fakulti Senibina UiTM Pun Nak Bergambar

Masa yang diberi untuk kami yang tak pernah masuk Muzium Terengganu ni, cuma setengah jam. Jadi, sedikit rushing la nak meninjau dalam muzium tu. Rider-rider Terengganu dan Kelantan tolong jaga barang-barang kami kat area parking. Masa nak balik, rombongan dari UiTM mana ntah (tak pasti pulak aku) melintasi kawasan kami parking dan ia telah menarik perhatian kalau tak silap aku, Dekan Fakulti Senibina UiTM, merangkap seseorang dalam Alumni UiTM.

Yang menjadi mangsa kutukan beliau pastilah Pak Belang aku dan Min punya. Mentang-mentangla motor kami kecik… Huhuuuuu…

Taman Tamadun Islam

Selesai di Muzium Terengganu, kami dibawa melawat ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Berkonsepkan Edutainment Park, kawasan tanah yang ditambak ni boleh membuatkan mereka yang tak tahan panas boleh pengsan.

Di kawasan ini, terdapat Taman Monumen yang menempatkan replika-replika masjid di seluruh dunia seperti Dome Of Rock (Palestin), Masjid Biru (Turki) dan lain-lain masjid. Dengan bayaran RM15.00, ambil lah gambar puas-puas kat dalam. Aku dan Amirul tak masuk, Abang Raji dan Galol saja yang masuk. Aku dan Amirul minum kat area luar sebab panas sangat. Amirul minum 100 Plus tin dengan harga RM2.00 (perghhhhhhhh tercekik!) dan aku pulak.. Ehem-Ehem.. Pekena ISTAK yang kontroversi tu dengan harga RM4.50 setin (lagi terjerut sebab aku kena 2 tin). Aku akan cerita pasal ISTAK di lain entry. Abang Ben dan Ijau asyik cerita pasal Bundaberg Beer, aku akan cerita pasal Istak Beer.

Di Masjid Kristal, kami singgah untuk menunaikan Solat Zohor (Jamak Takdim). Buat aku yang pertama kali masuk, rasa teruja dengan senibina masjid yang moden, dan semestinya menggunakan centralized air conditioner di dalam ruang solatnya. Seperti yang dijangka, ruang solat dibahagikan kepada ruang utama dan ruang untuk para pelancong yang bermusafir. Jadi, semasa waktu Zohor baru masuk dan bilal telah melaungkan Iqamat, kami terus Jamak sahaja di bahagian belakang.

Nasi Kukus Kedai Ee

Dah nama pun tengah hari, mestilah nak cari benda makan kan? Jadi, kami makan secara berjemaah pula di sebuah warung Nasi Kukus di pekan Losong Jalan Kamarudin (tq Zaid FZ sebab perbetulkan) . Gerek jugak makan kat sini, semua bungkus siap-siap. Jadi, tuan kedai tak payahlah basuh pinggan. Kalau aku ada kedai makan, aku akan praktikkan benda yang sama. Hahahaha… Nasiknya ok jugak, macam aku makan ni.. Nasi, Ayam Goreng Madu, Sambal Belacan, Acar Timun, Nescafe O Beng dan Sirap Beng, semua sekali RM7.00. Cukup la nak menampung perut.

Selesai saja makan, kami semua berangkat ke Pasar Payang, destinasi paling terkenal di Terengganu. Walaupun dalam ni barang-barang aku tahu mahal sikit, tapi aku beli jugakla barang. Sebab, member Ganu pernah bawa aku beli barang straight dengan orang yang buat songket, memang harga murah 3 kali ganda dari Pasar Payang. Tempat tumpuan pelancong, biasalah. Yang lawaknya, kakak yang jual kain tu siap bagitau kat mak dia (tokey besar) yang kami 2 ni (aku ngan Amirul) tak reti langsung nak tawar menawar. Hahahah…. Belasah sajalah kak oi….

Ketika kami meronda dalam Pasar Payang, dikhabarkan Pak Mushni dan Pak Tam yang pada mulanya kata tak jadi datang, tiba-tiba terjengoih sampai kat depan Pasar Payang!

Asyik Makannn Ja Depa Ni..

Jadi, sempena kedatangan terkejut Pak Mushni dan Pak Tam, kami sekali lagi minum petang secara berjemaah di Gerai Keropok Warisan Losong, Losong. Jadi, sempat la ajar Galol cara-cara nak makan keropok lekor yang baru di goreng dengan cara yang betul; PERAH DENGAN TISU. Cara perah ni pun, aku dapat tahu beberapa tahun lepas bila keluar makan dengan member-member anak jati Kuala Terengganu yang tinggal di Pulau Musang dan Wakaf-Wakaf di Losong.

Selesai makan/minum petang ni, kami semua balik ke homestay sebab hari dah nak hujan dan nak sembahyang. Cancel plan nak tengok Sanctuary Penyu.

Selepas Asar, kami beramai-ramai ke Stadium Gong Badak semata-mata nak bergambar dengan kesan perlawanan antara Gorgon dan Ultraman suatu ketika dulu. Pada waktu ni, ada aktiviti drift yang sedang berlangsung di perkarangan stadium. Di area sebelah stadium pulak, terdapat track motocross. Beruntungnya rakyat Terengganu sebab banyak fasiliti dan infrastruktur yang ada untuk beriadah. Kat Penang, track motocross di Sungai Ara dah pun diratakan untuk memberi laluan kepada projek perumahan. Tapi rata-rata belia remaja Terengganu masih memilih untuk merempit di Jalan Utama dengan kapcai mereka.

Selepas bergambar, kami semua menuju ke Teluk Ketapang (Sebelah Airport) untuk menikmati Celup-Celup Tepung. Sini pun okey jugak. Ikan Kembung, Ketam, Ikan Pari, Udang dan Sotong semua kami belasah. Campur dengan air, semua sekali RM120.00. Jatuhlah seorang RM10.00. Dek kerana kekenyangan, plan asal nak mengeteh Jus Buah Gelas Besar Seberang Takir terpaksa dilupakan. Niat bergambar di Masjid Terapung Sultanah Nur Zahirah tak berapa meriah kerana background terlampau gelap.

Dalam perjalanan pulang, kami melalui Benteng (sekarang dikenali sebagai Shah Bandar) dan seterusnya terus menuju ke Homestay. Hari yang memenatkan ini diakhiri dengan upacara tidur bersama dengkuran berjemaah….

Mereka semua ready nak masuk tidur, tapi aku keluar jumpak Jamel… Hehehe… (next entry)

facebook comments:

One Reply to “Ride Gegar Terengganu – Day 2”

  1. […] kali pertamanya, aku berjumpa dengan Jamel secara live. Lepas semua ahli konvoi berehat dek letih round Kuala Terengganu pada hari kedua, Jamel datang ‘kidnap’ aku terus di Homestay. Jamel adalah salah seorang moderator di […]

Leave a Reply

CommentLuv badge