Race Your Life

Masih setem yang biasa

Ini adalah pembelian pertama aku daripada eBay. Memang aku rasa sangat janggal waktu mula-mula memulakan proses nak membeli menggunakan kad debit aku memandangkan nak kena sambungkan kepada perkhidmatan Pay-Pal. Namun setelah banyak review tentang Pay-Pal yang mempunyai Buyer’s Protection Scheme, aku terus gagahkan diri belajar mencuba menggunakan perkhidmatan ini dan membeli barang melalui eBay. Ijau pun ada memberikan berapa tips memandangkan dia pun dah biasa dengan eBay ni.

Simple ja tulis! No telefon aku pun takdak!

Dan yang bestnya, penghantar barangan langsung tak letak no telefon aku di bahagian penerima dan yang ajaibnya, boleh pulak Pos Malaysia jumpa rumah aku kali ni. Selalunya kalau penghantaran domestik samada Pos Ekspress atau Pos Laju, mesti cari rumah aku tak jumpa dan semestinya diaorang akan telefon aku.

 

UK Custom Clearance

Seller pulak mempunyai 99.9% positive feedback dan aku budget, mesti seseorang yang sangat berpengalaman dalam online business ni memandangkan respon yang diberikan amat pantas dan penghantaran dibuat dalam masa 24 jam selepas pembayaran aku disahkan oleh PayPal.

 

Bubble Packing

19 Jun 2012 merupakan tarikh penghantaran dan sampai di Kastam Malaysia untuk pelepasan adalah pada 27 Jun 2012. 8 hari daripada UK – Penang merupakan satu jangkamasa yang amat pantas memandangkan aku pernah memesan melalui kawan sekerja (sebab dia biasa dengan online transaction) beberapa tahun lepas album yang tak dirilis di Malaysia iaitu Green Day – Kerplunk yang memakan masa lebih lama daripada pesanan kali ini.

Dan aku pernah menghantar webcam logitech aku dari Penang – Jitra yang turut mengambil masa selama 8 hari. Aku tak pasti Pos Malaysia menghantar barangan itu mengikut caj domestik ataupun Pos Laju yang tak berapa laju memandangkan slip yang digunakan pun lebih kurang saja dan seriously, staff pos laju yang handle barang aku hari tu pun langsung tak friendly. No wonder la GDex, ABX Express menjadi pilihan ramai penjual online di Malaysia, cepat pun cepat. Sorry Pos Malaysia for the bad remarks!

 

Letak kat PC ajalah!
Marco Simoncelli Race Your Life!

Barang yang aku beli merupakan satu pin badge Race Yor Life (Marco Simoncelli). Logo ni digunakan dalam beberapa produk baju yang dikeluarkan oleh mendiang pelumba Honda Gresini yang terbunuh di Sepang tahun lepas ni. Pin badge ni sebenarnya boleh diletak di tali leher, kolar baju ataupun beg. Tetapi memandangkan aku tak ada event untuk aku pakai pin badge ni, aku cuma beli untuk menambah pengalaman dalam menggunakan eBay, VISA transaction dan menambah koleksi barang-barang untuk menyemakkan almari dan laci rumah aku.

facebook comments:

One Reply to “Race Your Life”

  1. […] This Is My Card! Posted on September 18, 2012 by speedrider Barang dari UK lagi! Cuma packaging kali ni aku tertarik dengan sticker dari Pos Malaysia; Special Project Unit? […]

Leave a Reply

CommentLuv badge