Poslaju Teruk

Pos Laju SucksAku dah lama tak update blog, dan amat malang sekali bila aku nak update saja, semua cerita buruk-buruk saja yang aku ada nak tulis walaupun sebenarnya kalau boleh aku taknak tulis.

Pada hari Jumaat, 30 Ogos 2013 aku telah menerima satu bungkusan yang telah lama aku nantikan daripada seorang penjual vinyl (piring hitam) tempatan, Hard Graft Records berhubung dengan beberapa pesanan yang aku kira, sangat-sangat aku nantikan memandangkan salah satunya adalah versi re-issue yang terpaksa ditunggu agak lama untuk tiba di Malaysia. Semuanya gara-gara aku taknak terbeban dengan kos penghantaran daripada luar negara, so why not I stay in a bulk order to reduce the cost. 50-50 untung sikit daripada shipping cost tu la al-kisahnya. Pembelian ini adalah edisi yang kedua dari Hard Graft, dan sebenarnya aku berpuas hati dengan penjualnya yang agak friendly dan responsif, Nick.

Bila sampai di rumah, bungkusan dah memang diterima oleh mak mertua. Tapi aku mula tak sedap hati bila melihat salah satu bucu bungkusan nampak kemek. Dah macam-macam benda mula bermain dalam kepala hotak aku ni dengan harapan tak ada-apa akan jadi kepada kandungan.

 

Pos Laju Handling Sucks

Tapi semua tu silap! Kadbod yang dibalut dua lapis tu tak terselamat menahan kemangkokan bingai mana la entah samada dalam Pos Malaysia atau mana-mana flight, lori atau van yang bertanggungjawab menghantar bendalah yang dilekatkan sticker mudah pecah ni ke rumah aku dengan selamat dan berhemah! Ia menyebabkan bucu sleeve vinyl aku yang baru (diulangi, baru, anak dara dalam pastik yang masih sealed) kemek. Aku bengang gila babi berasap kepala beb!

Aku cool down sikit sebab pagi Sabtu 31 Ogos tu nak bawak family makan angin sat ke Cameron. Lepas whatssapp seketika dengan Nick HGR, aku amik keputusan nak komplen secara rasmi kepada Pos Malaysia. Jadi, balik ja dari Cameron pada hari Isnin, aku pun ke Pejabat Pos Bagan Dalam dan ke kaunter serahan tingkap sambil bawak bendalah yang rosak ni untuk dibuat aduan. Tau apa responnya?

1. Tak layak buat compensation claim sebab sender pakai package recycle – Package recycle ni double layer tau, lagi tebal dari package rasmi Pos Laju. The issue here bukan pasal kotak recycle, tapi kebingaian dan kemangkokan haram jadah mana entah dalam Pos Malaysia yang tak reti handle package elok-elok. Terang-terangan package tu jatuh dan gua suspek sebab dilempar.

2. Pos Laju advice sender letak extra protection pada package – Kadbod dah double layer, bubble wrap kat dalam dah 2 layer. nak protection macam mana lagi kalau staff you campak-campak barang? Kalau sealed dengan konkrit pun boleh rosak kalau tak handle elok-elok. Dan fyi, kadbod recycle DYI ni lagi tebal daripada record mailer!

3. Pos laju start tunjuk T&C Pos Laju di belakang receipt, katanya aku kena buat aduan dalam masa 48 jam dari tarikh barang sampai – Kamonnnn, pakej sampai hari Jumaat dan aku sampai rumah pukul 6.45 petang, hari Sabtu 31 Ogos 2013 tu cuba bagitau sat staff Pos Malaysia mana yang terlebih rajin nak buka opis untuk entertain komplen aku? So masa yang paling masuk logik dek akal adalah Isnin 2 September 2013 lah.

4.  Sender kena bertanggungjawab dengan barang yang dihantar kalau rosak – fine, tapi masalahnya sekarang ini bukan makanan atau barang yang cepat mereput. Ini masalah pakej tak dikendalikan dengan baik!

5. Dia bagi soalan cepumas kat aku (bola tanggung): Kemek kat bucu ni, piring hitam (lepas dia tanya apa content) dalam rosak jugak ka? Tak rosak kan? – Bola tanggung dijawab dengan smash padu; kalau saya ni selller piring hitam nak jual barang ni, agak-agak buyer nak beli tak tengok barang kemek? Macam puan nak beli sayur kat market lah, mesti beli yang elok kan? Terus dia spin statement seperti melayan facebook dengan macai-macai politik BN dan PR.

Dalam banyak-banyak point ni, sebenarnya puan tu nak bagitau kat aku kalau aku buat compensation claim, aku cuma akan dapat dalam maksimum 80% dari value barang dan barang akan dihantar balik pada sender bla bla bla bla…… aku potong cakap dia dan kata:

“BILA MASA SAYA NAK BUAT COMPENSATION CLAIM? SAYA NAK BUAT ADUAN RASMI”

And the fun begins… Dia asyik cakap yang kalau aku open kes compensation pun susah nak dapat balik gantirugi tu bla bla bla and oh well fuck that lah sebab masa aku tengah isi borang aduan tu (boleh tick aduan, compensation claim atau apa lagi ntah) aku tanya dia, Pos Laju nak bagi feedback kat problem aku ni melalui surat rasmi ke sebab tak ada ruangan email pun? Jawapannya “Pos biasanya tak bagi feedback kalau buat aduan”. FUCK OFF! Sampai bila pun hangpa takkan improve hangpa punya servis kalau macam ni punya polisi pun ada dalam Pos Malaysia. Tolonglah jangan jadi bebal, pelanggan bayar untuk servis hangpa dan hangpa treat customer macam orang kebulur sangat dengan servis Pos Laju hangpa? Demyuh! Ada neraka khas untuk polisi bangang macam tu.

Dulu aku antara orang yang bersimpati dengan Pos Malaysia pasal kes gaji rendah tu (Utusan, Berita Harian). Tapi kalau macam ni punya servis lah yang Pos laju bagi, agak-agak customer teraniaya macam aku dan yang lain-lain (search sendiri la kat Google pasal kes Pos Laju ni) nak kesian lagi ka? Lagi menyumpah adalah. Courier lain mungkin lebih mahal, tapi aku mintak top-top person dalam Pos Malaysia ni pi study polisi competitor depa ni macam mana. Ni tak, top manager dalam state pun bagi wakil staf reply complaint customer pakai email boss besar. Mangkok betul (ini kes lain).

Kan aku dah termaki macam-macam malam ni!

 

 

facebook comments:

5 Replies to “Poslaju Teruk”

  1. itu baru bucu kotak vinyl… belum bucu headstock gitar lagi

  2. biasa kena dah…cd case jarang betul sampai dengan kondisi yang elok…madang retak memanjang…
    berteromber recently posted..Get a Grip

  3. aku kadang2 baca blog yang jual2 barang secara online, memang dahsyat la pengalaman dorang pasal dorang hantar banyak barang ke customer setiap hari. Ada yang tak sampai, ada yang pecah, ada yang hilang, ada yang tiba2 datang balik, tapi paling klasik kalau ada barang yang hilang dalam pejabat pos.
    So aku tak terkejut ngan cerita kau.. Tapi aku sendiri, pakai benda ni hantar barang so far ok, tapi terus terang aku cakap walau aku ada kat Malaysia pun, aku sanggup bawak barang tu pergi Singapore, post dari Singapore, ngan harapan kalau dorang nampak tu bungkusan dari Singapore, aku harap benda tu dilayan lebih sopan, dari jadi cam kes kau.

  4. Tiap2 kali anto brg mmg kene kes cmni..ada yg brg kt dlm tu hilang..ada yg bekas pecah..ada yg kotak beli rm20 dr poslaju tp smpai kt cstmr dh mcm kene langgar lori..majoriti mmg hampeh..sakit hati tul..sabo je lah..lps ni tukar je senang..byr mahai skit xpe..janji brg smpai dgn elok..

  5. […] pernah cerita dah kekesalan aku terhadap mutu perkhidmatan Poslaju dahulu [baca sini]. tetapi nampaknya seakan tiada apa-apa penambahbaikan pun daripada pihak Pos Malaysia terhadap isu […]

Leave a Reply

CommentLuv badge