Penangan Masakan Yemen – Qasar Hadramawt

Pintu masuk tepi, dari dapur Restoran Qasar Hadramawt

Pada Ahad, 11 Disember 2011, aku dan keluarga telah mencuba  masakan untuk makan malam di Restoran Qasar Hadramawt, yang menyajikan masakan Yaman dan Arab. Restoran ini dinamakan Restoran Qasar Hadramawt, bertempat di Bandar Perda, Permatang Pauh.


View Restoran Qasar Hadramawt in a larger map

Tak dapat dipastikan apakah maksud Qasar Hadramawt. Yang pasti, Hadramawt adalah nama tempat di Yemen (http://en.wikipedia.org/wiki/Hadhramaut) dan tiada info tambahan di dalam Restoran. Web http://www.hadramawt.com.my pun tidak dapat disinambungkan dengan http://qasarhadramawt.blogspot.com dan http://restoran-qasarhadramawt.blogspot.com. Tiada info yang benar-benar tepat tentang restoran. Kalau owner restoran letak info-info tepi di dinding restoran pun bagus jugak, senang nak cerita kat kawan-kawan yang bertanya. Bukan apa, Hadramawt tu dengar femes sebab bunyi macam maut. Hehehehehe

Papan tanda dari hadapan
Hiasan dalaman tak heavy sangat
Sayang sekali lampu rosak tak ganti, kan dah tak berapa cantik
Kalau yang berbadan besar tu, elakkan kerusi ni. Aku kurus lagi. Hahaha

Hiasan dalaman kedai tak sarat sangat. Tetapi beberapa simbol masyarakat arab seperti pisau (Arabic Dagger) dan beberapa motif lain menunjukkan ini ialah sebuah restoran Arab. Keseluruhannya, suasana kedai yang cerah dan tidak sesak, memberi keselesaan pada pengunjung.

Suasana dalam premis dari pandangan depan restoran

Premis ni, sebenarnya berada dalam keadaan terbalik sekiranya anda datang dengan kenderaan. Ini disebabkan rekabentuk bangunan yang telah dibuat agar pintu utama kedai menghadap ke dalam kawasan compound bangunan bersegi empat tersebut. Maksudnya, anda akan parkir (perghh ayat bahasa baku) betul-betul di belakang dapur restoran. Jadi, biasanya anda akan masuk di sebelah pintu masuk tepi yang terletaknya juruwang (bahasa baku lagi neh!).

Aktiviti menghabiskan makanan!

Kedai ni, pelayan-pelayannya rata-rata boleh berbahasa Melayu, maka sessi untuk ambil pesanan dan bertanya cadangan makanan agak menyenangkan. Tak seperti restoran Arab yang lain, kadang-kadang agak sukar berkomunikasi. Bayangkan ajalah, kita yang ke kedai nasi kandar nak berinteraksi dengan pekerja dari India tu macam mana kan? Hahahhaha..

Seeloknya, bertanyalah kepada pelayan tersebut jika tak pasti. Kerana kebanyakan masakan Arab akan dihidangkan dalam kuantiti yang besar sepinggan. Malam tu, ada couple yang order 2 pinggan Mix Grill, dia tak tau yang mix grill tu sepinggan boleh makan 3 orang! Kan dah kena. Tak rugi bertanya. Pelayan dia pun ramah-ramah kat sini, konfem tak makan orang punya.

Bila aku tanya yang mana sedap, selamba dia jawab.. SEMUA KAT SINI SEDAP! Hahaha adoi… Maka aku dan family bereksperimen dan memilih makanan lain-lain untuk dirasa.

Muka depan menu
Menu air. Vitom tu sedap, macam anggur + blueberry
menu kopi dan teh
menu pencuci mulut
menu utama - mula pening nak pilih apa. TIPS: BERTANYA!
menu snek
menu barbeque
menu makanan laut
No Telefon Restoran untuk tempahan

Nasib baik la menu dia diberi gambar kat tepi. Jadi, bolehla buat pedoman sikit masa nak order. Lagipun, pelayan sentiasa ada kat tepi untuk beri penerangan dekat menu. Cuma….. Untuk orang Arab ni, masakan tu dia kata untuk sorang, tapi bila sampai kat kita, boleh makan 2-3 orang sepinggan! Hahahahah

Chicken Mandy - RM14.00

Chicken Mandy ni, boleh kata menu nasi yang paling simple la. Biasa saja. Untuk yang taknak susah-susah dan nak senang, inilah jawapannya. Set menu dibekalkan sekali dengan gulai apa ntah dan satu campuran (mungkin bawang merah+bawang besar+halia+isi nyior). Mula-mula rasa pelik, lepas tu ok.

Mix Grilled Hadramawt - RM25.00
Boleh makan 3 orang Mix Grill ni
Yum Yum Yum!!!!
Hot Sauce dari Syria. Aku usik Nurul sebab tak ada cop Halal Jakim. hahahah trollface.jpg

Mix Grill ni la yang aku kata tadi. Ada couple tu gagah pi ambik sampai 2 set. Jenuh makan la. Memang banyak. Dah nama pun mix, sampai nasik pun ada. Memang berbaloi dengan harga. Sos yang dibekalkan adalah hot sauce dari Syria. Sempat jugak aku usik Nurul sebab cop halal Jakim takdak pun. (hahahahah!!!!!) – Ni la persoalan aku untuk mereka yang terlalu berat sangat concern pasal cop halal Jakim. Paham tak maksud aku? Hehehe… Kalau was-was jangan makan, tapi bila dah melebih-lebih, aku cadangkan buka sajalah ladang lembu dan kilang proses makanan belakang rumah.

Mix Grill ni disertakan dengan daging kebab (mungkin dimasak secara Sturgeon Kebab, sebab aku nampak cucukan lidi, untuk rujukan boleh ke http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_kebabs), nasi dan cheese cream. Memang terangkat jugak. Seorang makan memang boleh buat tersandar. Baik order satu set ni untuk 2 orang makan.

Daging kambing Lamb Haneeth
Lamb Haneeth - RM18.00
Ni aku order. Lamb Haneeth

Dalam bahasa Melayunya….. Nasi Kambing Hujan Panas aka lauk kenduri! Hahahahhah. Ini amat berbaloi. Memang aku bagi gred sedap tanpa kompromi! Lepas ni aku akan order menu yang lain pulak.

Keseluruhannya, dengan harga yang ditawarkan, aku memang rekemen Restoran ni untuk family dinner. Kami pi malam tu, total semua RM76.00 termasuk air. Main dishes cuma order 3 saja (5 orang dewasa) sebab berkongsi makan. Nasib baik tak tamak order sorang satu, kalau tak jenuh makan.

facebook comments:

8 Replies to “Penangan Masakan Yemen – Qasar Hadramawt”

  1. klu mcm ni akupun berselera…

    tp klu ada yg ajak pi mkn makanan jepun, sorila~
    Ijau D. Koceng recently posted..Ada Apa Dengan Dabai?

  2. serius bro aku nak pi rasa ni, bro aku dah dok lama kat ABC corner tuh, dan selalu gak makan kat perda, kedai hadramawt ni aku x pernah nampak pon, kat mana nih, kedai ni dekat ngan kedai mana
    Juan recently posted..Contoh Resume dan Pengalaman Interview Kerja

    1. Kan aku dah letak peta…. *facepalm*
      speedrider recently posted..DC Comics Super Hero Collection

  3. vimto bukan vitom. hahaha
    serious mmg sedap..aritu makan ayah oder 1/2 kg nasi ngan chicken mandy utk kami 4 beradik
    mak ngan ayah makan kambing. hahaha
    mmg kenyang alhamdulillah sampai x larat bangun :p
    yaya recently posted..Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pengundi?

    1. Kerana anda adalah pembaca yang teliti, typo itu tak akan dibetulkan kerana menghargai pembaca yang detail macam anda. Terima kasih.

      hahahhaha

  4. […] 19 Disember 2011, sekali lagi kami beramai-ramai, kali ni lebih ramai daripada lawatan kali pertama minggu lepas! Kali ni, kami bawak sekali Kak An mai, kakak ipar aku yang dah biasa dengan masakan dari Oman […]

  5. […] aja kan? Rasanya memang boleh tahan. Beryani dia punya rasa pun ada rasa ala-ala Chicken Magluba Qasar Hadramawt sikit (hahahahahahha). Resepi rahsia nak dapatkan rasa macam beryani tu mana boleh aku bagitau […]

  6. […] SD Card kamera, terjumpa gambar aku ambil gambar Vimto; minuman yang aku pertama kali kenal di Qasar Hadramawt. Oh ya, sehingga saat entry ini ditulis, Entry pengenalan aku tentang Qasar Hadramawt telah […]

Leave a Reply to Juan Cancel reply

CommentLuv badge