Parut Kekal

Dah lama aku tak cerita tentang anak-anak. Jujurnya, cerita tentang anak kedua, Muhammad Fayyadh aku tak sempat langsung cerita dalam blog seperti abangnya; Muhammad Qayyum.

Sedihnya pada 30/1/2018, Muhammad Qayyum terjatuh dari basikalnya, mengakibatkan luka yang agak dalam di dahi. Ketika kejadian, aku sedang lelap kejap sebab nak kerja malam.

Dia ada gerak aku ajak teman main dekat luar, tapi aku cakap aku letih sangat dan minta tangguh esok (sebab cuti) Alih-alih, isteri kelam-kabut kejutkan aku beritahu Muhammad Qayyum jatuh, berdarah teruk. Lepas Maghrib, terus kami bawa ke klinik yang memang dah biasa aku pergi. Doktor Azhar tak jahit, cuma gam biasa sebab taknak bekas parut lebih jelas akibat kesan jahit.

Doc Azhar sempat ceritakan pengalaman yang sama berlaku pada anak sulungnya dengan kesan luka yang hampir sama. Yang menariknya, Doc Azhar menceritakan satu keluarganya pakai plaster di dahi sebab tak nak anaknya stress dengan parut luka, bagi semangat katanya. Dia suruh aku ambil gambar banyak-banyak, ini sajalah modal yang aku ada bila anak aku dah besar nanti untuk diceritakan.

Memang sedikit ralat bila fikirkan aku tak menurut permintaan anak kelmarin. Tetapi semua ini membuatkan aku sedar, qada dan qadar Allah takkan dapat dihalang kalau nak jadi. Pengalaman Doc Azhar juga memberikan aku pedoman sebagai bapa, supaya sentiasa bersama anak-anak ketika mereka membesar.

Ok, masalahnya sekarang, ada ka krim ubat parut?

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

4 Replies to “Parut Kekal”

  1. Misanthropy Black Metal Spawn 666 says: Reply

    Bro! Bini aku pernah bagi tau kat aku, kalau nak bagi parut hilang pakai bio-oil. Tapi kena tekun. Jangan miss. Buh masa luka duk nak baik. Bio-Oil ni dia mahai sikit, tapi hang kaya takpa hang boleh beli.
    Ni Link dia:
    https://www.google.com/search?q=bio-oil&oq=bio-oil&aqs=chrome..69i57.1613j0j1&sourceid=chrome&ie=UTF-8

    1. Jem, mana kaya pun. Doa la bagi jadi kaya raya. Aminnnn

      Tq bagi tips
      speedrider recently posted..Parut Kekal

  2. takper la…nampak sikit jantannya…

    1. Hahaha geng laki semua komen serupa ni. Yang perempuan pulak “kesiannya” dan seangkatan

Leave a Reply

CommentLuv badge