Panasonic Lumix DMC-TZ10

Akhirnya, aku berjaya jugak sambar sebuah compact camera untuk kegunaan peribadi. Sebelum ni, aku banyak menggunakan Sony Ericsson K850i untuk ambil gambar-gambar tergempar, ataupun lebih tepat, gambar-gambar yang diambil secara perlu untuk tempoh yang tiba-tiba. (erk, maksudnya, amat memerlukan satu snap gambar lah…)

Entry kali ni, adalah review bergambar, tetapi tak terlalu teknikal dan ditujukan kepada semua orang agar senang paham. Jadi, kepada yang dah pro, korang boleh skip review aku dan klik pada logo Trusted Reviews kat sebelah kiri ni untuk review penuh.

Kedai Jackson Menjadi Pilihan

Aku dah set dengan MSN (Shazwan) berapa hari dah untuk pi usyar Lumix FX75. MSN adalah kenalan cyber aku sejak… Bila ntah… 1998? 2001? Aku tak ingat…. Apa yang aku ingat, biasanya aku akan bertekak dengan dia sebab kami selalunya tak bersependapat. Har har har……

Packaging

Ya, aku tak typo, aku taip Lumix FX75 kat atas yang ada dijual di kedai Jackson.  Pada mulanya, memang aku dah set macam nak angkut Lumix FX75 kerana ia adalah antara model baru Lumix yang ada di pasaran sekarang. Tetapi….

Harga Pada Packaging

Aku mintak Jackson keluarkan Lumix TZ10 untuk aku buat side by side comparison antara TZ10 dan FX75. Dan pada waktu yang amat genting ni (rambang mata), aku memang terpaksa buat keputusan yang amat drastik. Yap, aku memilih Lumix TZ10 yang harganya keras sikit berbanding dengan harga FX75 yang lebih murah.

Upper View Camera

FX75 – Touch Screen, tak ada jog dial manual seperti TZ10 seperti gambar di atas. Tapi body FX75 lebih nipis dan nampak lebih stylo berbanding dengan TZ10 ni, tebal.

Camera Rear View (backpanel)

FX75 yang adapt full touch screen memerlukan banyak sentuhan-sentuhan untuk menu adjusting dan jugak slideshow gambar. Manakala TZ10 lebih konvensional dengan menu button semua terpampang di bahagian belakang.

Bentuk Kamera Tersebut

Aku rasa setelah side by side comparison dengan FX75, aku lebih memilih TZ10 ni lagi kerana beberapa sebab:

  • Finishing Image Noise lebih rendah berbanding FX75
  • Ada GPS. Tapi bukanlah GPS map macam Garmin tu, cuma metadata GPS kat mana korang amik gambar akan di’embed masuk dalam gambar tu, jadi kalau upload ke Flickr ker, mana-mana yang support Location Metadata tu, dia akan display gambar tu diambil di lokasi mana.
  • HD movies. Sama jugak ada pada FX75
  • Super Zoom – Walaupun kalah dari segi Megapixels dengan  FX75, tapi keupayaan zoom TZ10 ialah 12x Optical Zoom berbanding 5x Optical Zoom oleh FX75.
  • Wide Angle TZ10 ialah 25mm berbanding 24mm oleh FX75. Kelebihan wide Angle ialah, tak payah berdiri jauh-jauh untuk ambil gambar group picture. Contohnya, kamera lama biasanya mempunyai keupayaan 5x optical zoom, equivalent to 32-160mm on a 35mm camera, manakala yang ni pulak, 12x optical zoom yang berkeupayaan lebih kurang lens f/3.3-f/4.9 25-300mm. Jadi, aku boleh ambil gambar group picture atau gambar bangunan tanpa perlu berdiri jauh-jauh dari subjek.

Unedited 1st Image From The Camera

Ok, pernah korang ambil gambar sendiri macam camwhore kat Facebook, MySpace dan Friendster buat? Ni contoh yang aku buat tadi. Kalau camera yang bukan wide lens, confirm muka korang akan nampak besar dan background kurang. Dengan wide lens, image nampak even saja. Dan tak dinafikan, gua nampak hensem sikit dalam gambar ni.

Dan salah satu sebab utama gua kena amik jugak compact camera adalah kerana gua suka amik gambar secara mengejut. Dan bila ride naik motor, compact camera adalah yang terbaik untuk disumbat dalam pouch bag. Hanya yang betul-betul banyak duit saja yang akan bawak DSLR sambil merempit. Kalau letak bawah seat yang luas macam motor Elegan ka, SYM ka, Gold Wing ka…. Itu takpa.

Terima kasih kerana sudi membaca rebiu yang tak macam rebiu gua ni. Kalau nak baca rebiu proffessional, sila ke:

  • http://www.trustedreviews.com/digital-cameras/review/2010/02/26/Panasonic-Lumix-DMC-TZ10/p1
  • http://www.photographyblog.com/reviews/panasonic_lumix_dmc_tz10_review/
  • ataupun klik saja di sini untuk lebih banyak review.

facebook comments:

4 Replies to “Panasonic Lumix DMC-TZ10”

  1. ish..semart jugak yek!
    pakcik kordi recently posted..assalamualaikum

  2. […] di pantai Queensbay ni, aku pun mula test fungsi Panasonic Lumix DMC-TZ10 aku nih. Macam gambar awek yang aku test buat candid kat atas tu, aku full zoom 16x dengan fungsi […]

  3. […] kamera kompak aku ni bukannya nak boleh buat semua-semua tu. Eh!!!! Aku rasa boleh la…. Sat aku try […]

  4. […] diuruskan Pertamina). Aku try ambil gambar kawasan hidro tu, tapi blur sebab jauh sangat dan memang Lumix aku tak mampu untuk ambil gambar tele waktu […]

Leave a Reply

CommentLuv badge