Orang Bujang Hujung Minggu 2

Mood: letih
Layan: Mutiara (Mutiara), Riyadh (Rantaian Cinta), U-Topia (Jemala Kasih)

Hari ni sebenarnya aku standby, tapi bertindih pulak dengan aktiviti Pemuda UMNO di mana ada satu kejohanan bowling yang diadakan di Megalanes, Megamall Prai. Jadi, aku tiada pilihan melainkan membawa siap-siap notebook dan peralatan yang lain, kot-kot la Operation Center call aku sebab ada breakdown, boleh aku cargas terus ke tempat kerja.


Kejohanan bowling ni, aku masuk suka-suka aja. Dari dulu masuk memang tak pernah menang. Lagipun, member-member semua masuk, jadi sebab nak seronok ngan kawan-kawan, aku pun masuk sekali ajalah….. Kena kutuk jugakla sebab aku sampai bawak backpack kerja pi main bowling, tapi macam mana, dah nama pun kerja makan gaji dan jadi kuli aja pun…

Kami main pun semuanya just for fun aja, seronok-seronok jumpa kawan-kawan. Memang langsung tak serius main, jadi peluang ni lah yang ada untuk try skill Mr. Bean dan macam-macam lagi. Dalam kejohanan tu, seperti jangkaan, Pedi menang No. 1 dan dengan tak disangka-sangka, Latip dapat jugak hamper walaupun No 13!!!

Lepas main bowling, aku, Latip, Pedi, Halim ngan Jan Hayabusa ronda aja sekitar Pacific tu. Teringat jugak zaman-zaman sekolah menengah dulu kerap la ronda-ronda shopping complex ni, bila dah mai tua-tua macam ni, rasa malas dah nak ronda-ronda macam ni. Sampai aja kat Archery Shop ni, kami berlima pun apa lagi, mulalah nak try. RM4.00 aja seorang dengan 12 shots. Hahahahaha macam-macam style punya memanah da… Aim gila-gila tapi anak panah pi merata!! Kalau pi perang memang confirm kena tembak dulu sebelum anak panah masuk dalam bow. Wakakakakak.

Acara ronda-ronda kami pun dihabiskan dengan makan di foodcourt aja sebab boycott McDonalds. Kalau tak, memang kami selalu lepak McD aja pun…

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

2 Replies to “Orang Bujang Hujung Minggu 2”

  1. whoaa best nye memanah..aku pon ingat nak try memanah ..da lama nak try cuma tak de geng jeh..

  2. incik mus, esok ada makan2 kat opis..mari la kita menyental nya..

    erm,wa rasa drummer kumpulan mutiara tu abg staff wa..abg azmi punya bro kot..

Leave a Reply

CommentLuv badge