On The Scene

Aku sebenarnya tak suka nak tulis apa-apa berkaitan dengan apa-apa hal berkaitan dengan kerja aku. Tapi memandangkan kejadian kelmarin, aku rasa aku patut kongsi apa yang kami dah lalui.

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke pejabat (daripada breakdown site), waktu tu hujan memang lebat. Ada sesetengah tempat dilanda ribut sampai tercabut bumbung rumah kat Penang. Ada satu tempat ni, merupakan laluan baru (yang sebenarnya dah lama) yang menghubungkan Bayan Baru dan Air Itam, kami orang Penang panggil “Bukit Baru” – yang merujuk kepada Jalan Paya Terubong – Jalan Tun Sardon (Bayan Baru – Balik Pulau – Air Itam).

Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan nak naik Bukit Baru tu, kami terserempak dengan seorang mamat yang terperosok dalam parit, dalam hujan lebat. Baru sangat jatuh (terbabas). Kami ambil keputusan untuk tolong apa yang patut!

 

Mula-mula aku jaga kat bawah, last-last berdiri atas divider, jadi tukang jaga trafik
Geng paramedik bagi 1st aid
Abang Polis riki line mangsa
Abang Jasni adjust motor bagi rapat, aku bagitau mangsa semua barang dah letak dalam kotak GIVI dia tu (dalam ambulans)

Keadaan mangsa (namanya Mohd Yatim) agak serius di pergelangan tangan. Abang Jasni dan Muhaimin ni memang mabuk darah, aku yang mula-mula tengok. Pergelangan tangan dia dah macam kena kelar, nampak isi dalam. Aku tak pasti patah atau tak, tapi nampak terkulai. Yang pasti, darah turun mengalir memang banyak giler. Nak ambil gambar kecederaan macam ondscene, rasa tak sampai hati.

Walaupun aku pernah belajar basic first aid, bila keadaan kecemasan macam ni, aku pun rasa macam tak berani nak buat. Apa yang boleh kami buat:

1. Suruh dia duduk dan rileks
2. Dia mintak air nak minum, kami TAK BAGI. Dari bacaan, bahaya bagi orang eksiden minum air.
3. Kami letak safety cone, jaga trafik. Dia jatuh betul-betul di cenuram turun, dan di selekoh lanjut. Agak bahaya la di situ. Sampai terpaksa berdiri atas divider.
4. Telefon 999, minta sambung kepada ambulans (negeri) dan beritahu lokasi tepat.
5. Jumpa patrol car polis, terus tahan dan minta diaorang broadcast ke bilik gerakan.
6. Tunggu ambulans

Itu sajalah yang kami boleh buat pun, sampailah abang polis trafik bermotosikal tu datang dan takeover jaga trafik.

 

Glad to help, at least jaga trafik!

Sebagai mangsa, aku paham perasaan mamat tu kalau orang tak tolong. Jadi, daripada terkinja-kinja slowkan kenderaan dan ‘tolong tengok’ lebih baik tolong apa yang patut.

facebook comments:

3 Replies to “On The Scene”

  1. i know this road… jgnkan waktu hujan, hari2 biasa pun terasa mcm bkt akina dlm cerita inisyiardi

    nasib baik brader tu jatuh belah bukit, klu jatuh belah gaung xtau la
    Ijau D. Koceng recently posted..Antara DR Neon Dan Cahaya Hitam

  2. Terima kasih brother2 yg sudi hulurkan bantuan
    Juadah recently posted..Minuman Sihat di Boost Juice Bar

  3. mungkin hujan lebat.. sebab tu la jadi macam tu. alhamdulillah ada gak orang yang tolong.. lebih baik daripada orang yg tolong tengok
    Mohd Luthfi recently posted..I’m home!

Leave a Reply

CommentLuv badge