Nike Cordura Pouchbag

Berapa lama boleh tahan?

Setelah setahun lebih, akhirnya pouchbag Fieldsheer aku, boleh dikategorikan sebagai nazak. Memandangkan aku selalu bawak lebih daripada satu jenis handphone, aku terpaksa memakai pouchbag (selain pouchbag asli, hahaha) ke mana-mana untuk aku memudahkan menyimpan barang.

Dalam nampak macam..... cap ayam

Terus terang aku cakap, 1st impression akau pada pouchbag ni memang menyedihkan. Setakat ni, aku belum jumpa pouchbag dari jenama sukan (Nike, Adidas, puma, Le Coq Sportif, Asics atau lain-lain) yang menjual pouch bag sebaik atau tahap kualitinya yang tidak boleh dipertikaikan dengan harga.

Sama harga dengan full tank petrol Cik Elle

Daripada ingin menjamu mata di Mizi Sport yang baru dibuka di Sungai Dua, Pulau Pinang, terus aku sambar pouchbag ni. Dengan harga RM69.00, sebenarnya aku menjangkakan sesuatu yang lebih daripada Nike. Memandangkan pouchbag Fieldsheer aku dulu pun berharga tak sampai RM50.00 (selamat distongsampahkan akibat nazak dimamah usia)

Pin Lock ni apa nama sebetulnya?

Antara kriteria penting aku memilih pouchbag adalah berdasarkan jenis lock yang digunakan. Tips aku, elakkan membeli pouchbag yang mempunyai lock yang kecil. Serius tak tahan! Baik beli lock yang besar sikit atau bersaiz sederhana. Walaupun nampak hodoh (pada sesetengah orang), namun lock jenis sederhana dan besar ini lebih berkualiti dan tahan lama daripada menghadapi kerosakan.

China lagi

Walaupun kebanyakan ‘big players’ dah beralih ke China, aku masih skeptikal dengan product China dari segi kualiti. Terus terang, sepanjang aku menggunakan product dari China, aku sebetulnya tidak berpuas hati (termasuk semua seluar Levi’s aku yang berasal dari China)

Cordura Label

Label Cordura ini sebenarnya membuat aku tertarik dengan pouchbag ni.

Bla Bla Bla
Apa Itu Cordura

Untuk pengguna biasa, Cordura ni mungkin agak baru. Tapi untuk orang yang dah biasa beli riding gear, Cordura ni telah lama diketahui. Biasanya, dua pilihan seorang bikers ialah fabrik jenis Mesh (jala) ataupun Cordura. Biasanya Cordura adalah pilihan pertengahan untuk rider yang tak mahu membeli seluar atau baju jenis kulit (sebab mahal). Cordura telah dipercayai sejak dulu sebagai struktur fabrik yang lebih lasak daripada kain jeans. Sebab itulah rider banyak pakai jaket Cordura. Sekarang anda tahu kan?

Namun untuk pouchbag Nike ni, secara serius aku rasakan Cordura yang digunakan agak nipis berbanding dengan Cordura yang biasa digunakan sebagai riding pants atau riding jacket oleh bikers.

Apa-apa pun, harap-harap pouchbag kali ni tahan lama la sikit… Takdak duit nak beli tiap-tiap tahun aih!

facebook comments:

One Reply to “Nike Cordura Pouchbag”

  1. aku lebih prefer cargo pants, byk poket, byk brg blh smpn 🙂
    Ijau D. Koceng recently posted..Bass Talk: Simple Bass Rig

Leave a Reply

CommentLuv badge