
Sebenarnya, memang signboard tu baru. Aku tak sempat review tempat makan popular untuk keluarga ni sewaktu di tapak asal. Maksud aku, aku dah review tempat ni di tapak baru (walaupun dah lebih 2 tahun).

Tempat ni mendapat nama sebagai Nasi Bersila kerana faktor tempat makan di tapak asal. Pada permulaan perniagaan dulu, kedai makan ni boleh dikatakan kecil-kecilan saja. Bila mendapat promosi free (mulut ke mulut), jumlah pelanggan yang datang makin bertambah, boleh dikatakan sehingga tidak cukup meja dan pelanggan kena bersila dalam ruang tamu rumah.

Kiranya dulu, sambil makan, sambil tengok TV tuan rumah dalam rumah tuan rumah la. Tu yang dapat nama Nasi Sila tu! Hahaha… Sebenarnya aku pun tak dapat gambaran secara jelas bagaimana nama ‘Nasi Sila” ni mendapat nama, tetapi keadaan yang aku sebut tu memang benar-benar terjadi la dulu.
Sekarang, kedai ni dah pun berpindah ke tapak baru yang lebih luas dan selesa untuk para pengunjung. Tak jauh pun, di seberang jalan saja. Hehehe..

Kami bukanlah artis-artis atau prof-prof, jauh sekali media-media yang datang makan dan memberi liputan meluas untuk kedai ni seperti yang dinyatakan di http://nasisila.blogspot.com. Kami tak lain tak bukan adalah rider-rider yang hensem, cute, kuat makan dan boleh dikatakan glemer jugakla kan? Phuiii!!! Kah kah kah…..
Oklah sebelum melalut. Aku, Galol dan Abang Subri datang melepak makan kat kedai ni mendangkan Galol tak pernah mai makan kat sini (buat malu orang Penang betul!). Jadi, di bawah ni adalah lauk-lauk yang kami makan malam tu.











Nampak setalam atas tu? Sekali air (asyik tambah air sebab menyembang), semua sekali adalah dalam RM45.00. Berbaloi kan? Nasi kampung malam-malam, ayam panas-panas, tempat luas dan yang paling penting, perut kenyang.
View Nasi Sila Lahar Kepar in a larger map
Selamat mencuba dan meredah jalan malam ke sana! (berhati-hati memandu, jalan gelap)
nasib baik bukan abu nasi kandar bali bali cafe
Ijau D. Koceng recently posted..Guitar Talk: Korawk’s Hybrid Guitar