
Dalam berapa kali punya aku dok pi Nasi Kandar Merlin ni, inilah kali pertama aku ambil gambar. memandangkan aku tak berapa ada mood nak ambil gambar banyak-banyak, maka aku ambil dengan keadaan yang paling malas sekali di meja makan. (lepas tu aku repeat pi makan lagi dan amik tambahan gambar, hahahaha)


Nasi Kandar Merlin ni mendapat nama Merlin daripada Hotel Merlin yang berada di atas restoran tersebut. Namanya memang agak LOL tambah-tambah bila dah ada orang tengok TV Series Merlin di TV3 tu, rasanya kalau tak tengok TV Series tu, sampai sudah tak tahu cerita Merlin, Arthur dan Camelot. Nasib baik Nasi Kandar Merlin ni tak display pedang Excalibur, kalau tak, sure gempak habis restoran ni. Hahahahaha
View Merlin Nasi Kandar in a larger map



Untuk makluman, inilah antara kedai nasi kandar yang tak mendapat publisiti meluas seperti Line Clear, Beratur, Hameediyah dan sebagainya, tetapi merupakan pilihan utama orang-orang Penang di sini. Serius, sesetengah kedai yang terlalu dikomersialkan amat overrated atau indah khabar dari rupa di mulut ‘mamu-mamu’ nasik kandaq sejati Penang baq hang!
Masalahnya, banyak kedai-kedai nasi kandar kat Penang ni, popular di kalangan penduduk tempatan, tetapi apabila orang luar nak masuk makan… Mungkin fikir dua tiga kali mengenangkan sambil makan nanti, nak kena berkawan dengan tikus-tikus sebesar kucing. Hahahaha, itu biasa lah….


Aku jarang amik daging. Tapi kalau betul-betul nak test rasa nasi kandar, kena try jugak amik daging. Entahlah, mungkin orang lain, lain caranya. Macam aku, aku suka letak benchmark daripada rasa daging di venue-venue kedai nasi kandar. Kalau tak, apa rahsianya Pelita Nasi Kandar asyik letak kuah daging, betul tak? Bezanya, selalunya kedai-kedai nasi kandar ni menyediakan ketulan daging yang agak kecil. Selalunya memang aku akan ambil 2 ketul daging (bersamaan seketul daging di kedai nasi campur Melayu). Dari list aku, aku suka Nasi Kandar Aboo punya daging. Setakat dalam rank anak tekak aku, Aboo masih nombor satu.

Seperti contoh gambar, Nasi tambah, ayam 1/4 panas-panas, telur rebus digoreng sambal tumis dan pelengkapnya kuah banjir, RM7.50. Apa lagi mau?


Aku terlupa pulak nak amik shot kari kepala ikan yang boleh tahan jugak rasanya kat sini. Ada yang claim rempah-rempah di sini digiling dahulu, tapi aku tak pasti lah. Aku bukan reti beza rempah serbuk jirus air panas ataupun rempah giling. Yang aku tau, kena dan masuk dengan kehendak anak tekak, itu jalan!
Jadi, kalau anda berada di area Bishop Street/Union Street/Padang Kota/Light Street/Beach Street ni, jangan lupa singgah Nasi Kandar Merlin. Sedap atau tak, itu terpulang pada anak tekak anda. Tapi kalau bab kepuasan makan tu, aku boleh gerenti la puas makan, sama puas macam aku makan di Chowrasta Cafe haritu.
haaaaantu!
mesti nasik kandaq kat sini ada mejik mejik (magic)
Ijau D. Koceng recently posted..F3AR Mode