Nasi Kandar Melayu

2 bulan lebih adalah satu tempoh yang menyeksakan untuk aku menunggu tuntutan insurans yang dibuat ke atas motosikal aku ini. Serik! Ia bukan perkara yang seronok untuk dibincangkan, tambahan lagi apabila kedai yang membuat tuntutan tersebut, secara terang-terangan menipu. Untuk kes aku, RM800.00 telah diperuntukkan atas jumlah tuntutan tersebut, dan secara spesifiknya, barangan yang telah ditukar terhadap motosikal aku cumalah RM350.00++ sahaja.

Seronok jika kita mengetahui nilai barangan yang ditukar. Jadi, penting untuk anda mengetahui status alat ganti motosikal/kereta anda terutamanya apabila melibatkan tuntutan insurans. Bengkel mengaut keuntungan yang AMAT BESAR terhadap kecelakaan yang kita hadapi, dan kemudian akan berpura-pura cuma untung sedikit. Dan yang paling buat aku panas hati, excess fee sebanyak RM100.00 turut diminta oleh pihak bengkel. Aku cuma persetankan, dan pilihan terakhir adalah dengan menghantar motosikal aku terus ke kilang!

Alhamdulillah, semua masalah aku selesai apabila dihantar ke kilang, dan sesungguhnya aku berpuas hati. Aku tak tahu la, untuk tuntutan insurans ni, tak ada ka jabatan atau kementerian yang mengawasi hal-hal ini? Aku rasa ramai yang dah tertipu, tak termasuk lagi dengan bengkel yang menipu memasukkan alat ganti tiruan yang membahayakan nyawa pemilik kenderaan masing-masing.

Jadi, bila motor dah siap, apa lagi kan? Dah 2 bulan lebih aku menahan sabar… Semalam, aku memulakan kembali aktiviti berkonvoi. Walaupun dekat, alhamdulillah, sessi TTS/NAS dengan ahli-ahli Cacamerba Northern Region berjalan lancar di Bidong, Kedah.

Apa yang menarik dengan kedai ni, ialah jumlah pengunjungnya yang ramai dengan status Nasi Kandar Melayu. Bilangan pengunjung yang sanggup beratur sehingga memenuhi ruang jalan membuktikan betapa popularnya restoran ini di Bidong, Kedah.

Kedai yang beroperasi setiap hari kecuali Ahad ini beroperasi dari pukul 3 petang sehingga pukul 12 Malam. Selain daripada Nasi Kandar, terdapat pilihan roti canai kepada pelanggan yang berkunjung di restoran ini.

Selain daripada statusnya sebagai Kedai Nasi Kandar Melayu, satu tarikan yang pasti ialah tukang letak nasinya terdiri daripada kaum hawa. Siapa kata Nasi Kandar hanya ada pada kedai mamak? Yang pasti, semua tukang letak lauk ini bangsa Melayu, Islam dan bercakap loghat Kedah. Bukan macam kat kedai mamak yang kadang-kadang kita sendiri tak pasti apa status agama mereka. (kisah benar, sila rujuk rancangan 999 dan berita tempatan). Di kedai mamak, kadang-kadang nak cakap melayu pun tak reti!

Aku tak boleh komen samada masakan dekat sini sedap atau tidak, sebab 2-3 hari ni aku rasa macam tak sedap badan, semua yang masuk dalam mulut rasa sama saja dan tak berapa nak lalu. Tapi, responden semalam 90% mengatakan masakan di sini sedap dan wajib datang untuk sessi-sessi berikutnya.

Aku rasa, lauk paling killer di sini sudah tentulah Ayam Gorengnya. Price wise, atau kadar patut harga.. Janganlah terkejut jika aku menyatakan sepinggan nasi di atas ialah RM3.70 atau RM3.80. Dengan ketulan ayam sebesar itu, di mana lagi anda boleh dapatkan dengan harga sebegitu murah? Kedai nasik kandaq mamak? Perghhhh, silap haribulan boleh terputus kepala kalau termakan di kedai yang memang kaki pancung kepala orang.

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat bersama semula dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama. Ada jugak topik pasal Konsert Double Trouble yang terkeluar. Hehehehe…

Apa-apapun, kedai ni dalam list kami semua sekarang untuk masa depan. Semoga tuan punya kedai dapat mengekalkan rasa, harga dan layanan kena bagi cepat sikit.. Insya-Allah boleh berkembang maju. Jadi, kepada penggemar nasik kandaq, kedai ni anda patut cuba!!!!

facebook comments:

4 Replies to “Nasi Kandar Melayu”

  1. aku nak komen part nasik kandaq je… HANTU! part belemoih tu yg aku xthn tu!

  2. cayalah.. nasi kandar.. perrgghh lama sungguh aku tak makan nasi kandar ni

  3. nasi kalau aku balik utara akunakcari hang punya kedaii

  4. nasi kalau aku balik utara akunakcari hang punya kedaii

Leave a Reply

CommentLuv badge