Nasi Kandar Aboo rasanya tak perlu diperkenalkan lagi di sekitar kawasan Butterworth. Terletak di Hujung Batu, Bagan Dalam, gerai ini merupakan antara kedai wajib rasa untuk penggemar nasi kandar di Malaysia.
Salam, operator yang akan menyediakan Nasi Kandar ada trademark tersendiri ketika sedang melatakkan lauk-lauk yang anda pesan. Jadi, jangan tergelak pula dengan caranya di situ nanti.
Lauk yang ada di sini memang terhad dan ‘cukup-cukup’ makan saja. Tak seperti di franchise Nasi Kandar yang lain, di sini orang kata, lebih ‘true’ Nasi Kandarnya.
Waktu perniagaan adalah di antara tengah malam sehinggalah 9.00 pagi (jika bernasib baik la, kalau lauk masih ada). Jadi, satu pemandangan biasa sekiranya dalam pukul 4.00 pagi, ramai pengunjung yang sedang makan di sini.
Seperti biasa, di sini ialah satu-satunya kedai/gerai Nasi Kandar yang aku cuma akan ambil Daging. Kenapa? Kerana keistimewaan gerai ini adalah daripada gulai dagingnya. Oleh sebab itulah aku cuma ambil gulai daging saja di sini.
Suka aku ingatkan, di sini nasinya lembik. Hahahaha… Buat sesiapa yang tidak biasa, di sini memang menyediakan nasi lembik sedikit daripada kebiasaan. Jadi, tak payah komplen, kerana memang nasinya lembik. (jangan lupa letak kuah daging lebih)
View Nasi Kandar Aboo in a larger map
hantu! mati2 aku ingatkan abu sg dua (usm)
hantu nasik kandaq! gila pg2 buta mkn nasik kandaq (eleh yg tukang komen ni pun xingat dia dulu mcm tu jugak~)
hahahah tau takpa
lain ejaan dia tu bro ijau….usm sana ABU…ha…ha…
minta lepas ni hang cover story DEEN NASI KANDAR JELUTUNG plak MUS…gambar lebih sikit…sekali ngan GOOGLE MAP jugak…
Mus
Tadi sebelum dan selepas sholat Jumaat, Nasi Kandar Rahim dekat ofis kau tu org punyalah beratur ada dekat 30 – 40 org dlm barisan! hebat sgt ke Nasi Kandar dia.
Penah try Nasi Kandar Sharip Gelugor? Dulu masa belajar di USM (95/96) aku sering juga makan di sini. kata member la ni pun hebat juga.
Lukman
Ni Yang letak lauk sambil joget2 tu ya? kat JB pun ada..aku lupa ja bawa hang makan kat situ..haha..