Biasanya, rata-rata orang Kulim dan Pulau Pinang pernah mendengar nama Nasi Ayam Periuk Besar Sungai Kob, Kulim Kedah. Baru-baru ni, salah satu cawangannya telahpun dibuka di kawasan Bayan Baru, atau dengan lebih jelas dan tepat, di kawasan shop lot D’Piazza Mall, bersebelahan dengan Mayang Mall, Bayan Baru.
Suasana kedai jangan dibandingkan dengan kedai asal yang ‘biasa-biasa’ saja di Sungai Kob. Bertepatan dengan lokasi Bayan Baru, konsep franchise dipertengahkan, maka.. Eloklah sikit tempatnya.
Bercakap pasal makanan, sedikit mengecewakan jika dibandingkan dengan gerai makanan biasa. Air yang dipesan agak lewat diterima. Seperti biasa, pergilah manapun.. Lambat pi lah macam manapun, air itu penting dan sekurang-kurangnya pengunjung tak haus.

Okey, kita masuk pula bab yang memungkinkan kita sedikit tersedak – harga.
Sedikit lari dari norma kebiasaan Nasi Ayam yang rata-ratanya RM3.50 atau kurang di Pulau Pinang, harganya boleh dijadikan satu isu perdebatan di kalangan penduduk asal Penang yang seperti semua tahu, menyediakan makanan yang murah. Sikit lagi, harganya lebih kurang saja dengan harga Nasi Ayam Hainan Bukit Bintang. Namun… Mungkin tempat dan sewa yang sedikit ‘mahal’ membolehkan harga yang sedemikian rupa. Jadi, penduduk Penang dan Kedah, anda tentukanlah sendiri samada harga ni patut atau tidak.
Apa-apapun, penduduk di bahagian pulau (Pulau Pinang) , sekarang dapat merasai Nasi Ayam Periuk Besar tanpa perlu bersusah payah ke Sungai Kob, Kulim. Cuma…… Penggemar nasi ayam dan yang pernah merasa makan di Sungai Kob sendiri, pasti akan berfikir dua kali sebelum ke sini.
Semoga maju jaya.
heavennn siott nasi ayam dia…
aku dah la tengah lapar!!!
kt mana nasik ayam ni?even duk dekat pun xpernah pi.huhu
@julie.
Semua dah tulis kat atas tu
skrg harga semua makanan dan minuman kat kedai tu dah naik.. mendadak!!
so rasanye lps ni.. x mkn lg kat situ.. x berbaloi!!
apa kes g makan kat luar..mkn laa di rumah…bley save tau…
hari ni aku btul2 geram.Aku order fishNchip 40minit baru dapat. service btul2 teruk.
kalau setakat nasi ayam 2.. nk ciplak yang owg punya bley la woii…… wat pengetahuan suma.. nasi ayam periuk besar,dah tak beroperasi kat ctu.. klo da pown.. yg ciplak.. dari pihak yang xbtanggongjwb !!!!!!! harap maklom.. datang la mkn kat kedai asal dan lihat perbandingannya.. dr insan yang ingin kan keadilan..
ciplak la weyh… xsedap pown..
btoi2… aku stuju.. dh la xsdap.. bley rosak nama nasi ayam periuk besar nie.. klo kat sg kob.. 2… aku setuju..sedap sgt… environment pown tenang…
Saya pernah pi yg kat Kulim, kedainya ok, lokasi pun ok kdekat dgn BKE. Kedai selesa sebab ada yg bahagian bertutup dgn penghawa dingin. Side yg open agak byk lalat so saya kurang bekenan. Konsep layan diri so kita kena order n ambil di kaunter yg sudah pasti x akan berlaku salah terima makanan. Minuman yg di order pun cepat sampai. Tapi yang penting saya paling suka Nasi Ayam Berempah… Memang lain dr yg lain, cili n kicap diorang pun sedap….
Aku dah sembang dgn owner napb…cawangan nie dia dah terminate sbb langgar perjanjian..NAPB nie digunakan sebagai lapik bisnes dia ajerr…byk menu guna menu dia….
papaddom recently posted..Elmo – Keinginan Yang Tertunda
betul, dah tutup kedai ni