MotoGP Malaysian Grand Prix 2011 #3

Tahun Ni Sempat Jumpak Hero Wildcard, Zamri Baba #87
Tambahan Seorang Lagi Moto2 Wildcard - Hafizh Syahrin #86
Motor Baru untuk Moto2, Wildcard Malaysia

Tahun ni menyaksikan Hafizh Syahrin diserap dan digandingkan dengan Zamri Baba sebagai peserta wildcard dari Malaysia. Beza betul badan Zamri Baba dengan aku, umur sama, tapi aku nampak tua dan 3 kali ganda dari segi saiz dan berat. Hahahahahah

Farid Badrul, Wildcard Malaysia untuk kategori 125cc
Zulfahmi Khairuddin, menunjukkan prestasi terbaik musim ini di SIC

Di sebalik cerita-cerita kurang manis yang menyelebungi pemilihan Farid Badrul sebagai wildcard Malaysia yang dikatakan dianaktirikan dan sekadar melepas batuk di tangga, Zulfahmi Khairuddin menunjukkan prestasi terbaiknya dalam kelas 125cc dengan menduduki tempat ke-7 pada hari perlumbaan 23 Oktober 2011. Secara jujurnya, pelumba muda kita harus diberikan lebih banyak sokongan dan bantuan kewangan untuk meningkatkan prestasi, bukan sekadar untuk dicanang “inilah hasil sokongan kami kepada dunia permotoran tempatan”. Kepada menteri-menteri dan mereka-mereka yang terlibat, tak perlu datang dan menempek muka di sebelah pelumba hanya untuk kepentingan politik. Sokonglah betul-betul!

SOL-Bikerz Cup - Support Race Malaysian Grand Prix
Sturla Fagerhaug - WTR-Ten10 Racing
Marcel Schrotter - Mahindra Racing
Jonas Folger - Red Bull Ajo MotorSport
Jakub Kornfeil - Ongetta-Centro Seta
Harry Stafford - Ongetta-Centro Seta
Brad Binder - Red Bull MotoGP Rookies Cup

2011 menyaksikan perlumbaan terakhir untuk kelas 125cc sebelum digantikan dengan kelas Moto3 tahun depan. Tiada lagi bau hangit 2T dan bunyi bingit, semuanya akan bertukar ke 100% empat lejang pada tahun hadapan dengan kapasiti 250cc satu silinder.

 

facebook comments:

2 Replies to “MotoGP Malaysian Grand Prix 2011 #3”

  1. ko memang betul2 nye minat eh. Ni baru real fan. Salute beb.

    ooo baru aku tahu tahun depan dah tukar 125 dah takde.. thanks for info.

  2. […] sebenar jentera Moto3. Untuk yang belum tahu, Moto3 adalah kategori baru yang menggantikan kategori 125cc yang terakhir pada tahun lepas. Moto3 menggunakan format 250cc, single silinder dan empat lejang. Apa yang mengejutkan (dan best), […]

Leave a Reply

CommentLuv badge