
Selain daripada sebab tak pernah pergi lagi ke Sepang, antara sebab yang paling utama untuk ke track adalah untuk dapat feel tengok racing event. Memang betul, selesa lagi tengok depan tv, boleh baring-baring, ada kipas, makan senang dan sebagainya. Kalau nak dibandingkan dengan keadaan sepang yang panas gila babi, makanan mahal, air mineral botol kecik pun dah RM2.00, rasa serik nak ke track. Tapi FEEL di Sepang jauh bezanya dengan mencongak kepala di depan TV.

2010 merupakan tahun terakhir kategori 125cc diadakan. Maka, ini adalah peluang terakhir untuk penonton mendengar bunyi bingit ekzos 2-stroke dan bau petrol+2T racing yang pelumba-pelumba kategori ni pakai. Mulai tahun depan, Moto 3 akan diperkenalkan dengan jentera berkapasiti 250cc dan semestinya jentera 4 lejang. Siapa tak bangga bila Zulfahmi ada dalam saingan 125cc di peringkat global? Walaupun baru mencapai 3 mata (setakat artikel ini ditulis) dan hanya mampu mencapai tempat ke-16 (tiada mata) di Sepang, aku tetap bangga kerana Zulfahmi adalah pelumba kedua yang beraksi secara sepenuh masa di dalam saingan GP sejak Shahrul Yuzy yang pernah beraksi bersama-sama pasukan Petronas-TVK hampir 10 tahun lalu.
Kita ketandusan pelumba muda dalam saingan antarabangsa akibat faktor penaja. Bayangkan kalau jentera yang digunakan Zulfahmi adalah jentera baru dan ditala oleh alatan dan jurutera-jurutera paling hebat dalam GP, bayangkan!

Salah satu sebab lagi aku menyertai konvoi kali ini adalah kerana Zamri Baba yang beraksi sebagai pelumba Wild Card dalam kategori Moto 2. Usia adalah penghalang utama Zamri untuk beraksi pada musim-musim depan. Namun, pemilihannya sebgai peserta Wild Card Malaysia untuk tahun 2010 adalah tepat!

Dengan hanya dibekalkan sebuah mototsikal, Pasukan Petronas SIC TWMR yang diwakili oleh Zamri Baba terpaksa berhempas-pulas menyiapkan jentera baru untuk melengkapkan perlumbaan. namun, dari pemerhatian kami semua, Zamri Baba telah memberi tentangan hebat terhadap pelumba-pelumba sepenuh masa Moto 2. Jika di siaran langsung, fokus diberikan kepada pendahulu perlumbaan, kami di Sepang dapat memerhatikan sendiri kehebatan Zamri Baba memintas satu demi satu pelumba dengan penuh gaya dan memberikan tentangan paling sengit di bahagian belakang. Apa yang nak dihairankan dengan status Wild Card jika berada di kelompok belakang? Bayangkan jika Zamri Baba diberikan peluang lagi pada tahun hadapan dengan sebuah jentera baru yang lebih berkuasa?

Sesungguhnya aku betul-betul puas ke Sepang kali ni. Semua data perjalanan untuk Belang R 150 telah diambil dan disimpan untuk rekod. Dan hasilnya, seluar jeans kesayangan dah pun koyak. Potong stim betul. Tapi takpalah koyak, berbaloi sebab……

malas pulak nak cerita pasal aku makan nasik ayam dengan Rossi dan perlekeh Lorenzo. Jumpa lagi tahun depan di pasukan Ducati, The Doctor!
aku tak pernah nengok racing kat sepang
tapi 2001 aku gi tengok Deep Purple lepas F1 Sepang..
paling dekat la tu haha
gambar baby dah hilang. muekekekekeeee
2001 aku baru habis sekolah, takder sen nak merantau jauh-jauh. Hehhehe
speedrider recently posted..Moto GP 2010 – 2
gambaq last tu yang sempoiii.. hehhehe