Moto GP 2010 – 1

Berhenti Makan di RnR Hulu Bernam

Alhamdulillah, akhirnya aku diizinkan Allah untuk bersama ribuan bikers lain untuk menyaksikan Moto GP 2010 di Sepang. Dan ya, aku memilih untuk bersama 3 motosikal berlainan jenis dan tidak bersama-sama hampir 200 pemilik motosikal Suzuki yang berkonvoi secara rasmi ke Sepang. Janji mesti ditunaikan, dan aku harap kawan-kawan dari komuniti Belang R 150 dapat memahami janji aku dengan 3 rakan yang lain ini. Nanti kena cop pulak RIDE GILA GLEMER lagi dari orang yang jaki tu.. Hahaha, gua tak paham sungguh! Barulah gua paham macam mana Ghani Arafatz dari Kapcai melayan orang-orang macam tu macam mana.. Keh keh keh…….

Jadi Babysitter Pulak Aku Kali Ni

Hehe, dalam salah seorang rider yang join kali ni, ialah dua-pupu aku. Dah dapat pesanan berat pulak dari mak dia merangkap  sepupu aku memandangkan kisah lama dulu. Jadi, selain daripada aku layan ride, nak taknak aku jadi babysitter! Penjaga Bayi Tua! Mesti bengang habih dia kat aku bila aku membebel mengalahkan makcik. Yelah, safety first la beb! Bawak terhuyung-hayang, mau aku tak membebel. Minyak hitam taknak check, rantai cekang dan blablablabla… Dan paling aku membebel, ride tak bawak sepatah haram pun tool! Jadi, aku rasa aku layak membebel. Kehkehkeh…

Sesekali Jadi Bangla

Sepang, sesuatu yang aku cukup malas nak pi dulu. Terutamanya bila aku teringat ajakan arwah ketika dia masih ada. Masa tu, bersungguh-sungguh diajaknya aku ke sana walaupun dengan kereta. Akhirnya, aku jejakkan jua kaki aku ke sini setelah dia tiada. Al-Fatihah.

Nama Barunya Ialah Suzuki Yoshimura

Ini adalah filler info.

Kenapa? Tak percaya? Jawapan rasmi yang aku terima dari Suzuki Malaysia telah menyatakan bahawa Suzuki Malaysia telah mengambil alih segala penjualan Ekzos Yoshimura daripada Sinar Puncak (Genuineclub) untuk model FL125 dan FU150 (Suzuki Shogun 125 dan Suzuki Belang R 150). Jadi, kepada yang masih terlepas bas, sila kejar bas semula dan dapatkan Ekzos Yoshimura tersebut SECARA TERUS DARI SUZUKI MALAYSIA.

Hi Musyrif,

Our stock for Belang R150 Yoshimura Tri – Oval Exhaust System (SS)F has not arrive yet.
We will inform you once we have the stock. Meanwhile we have stock for FL125 Yoshimura exhaust
system at RM998.00 per set.
Appreciate you could disseminate this information to your members.
Thanks for your interest in Suzuki Yoshimura products.

Best Regards
Chan Wing Kit

Jadi, semoga semuanya dapat bersabar. Pihak Suzuki dalam proses untuk menyiapkan semua info tentang penjualan dan promo tentang ekzos tersebut. PASTIKAN EKZOS YANG ASLI! Secara selamat, silalah berurusan dengan Suzuki Malaysia.

Dah Sampai Akhirnya

Sebenarnya, apa yang seronok sangat dengan Moto GP ni? Nanti aku sambung lain lah yer? Aku Pening kepala sangat-sangat sejak balik dari Sepang ni.

facebook comments:

4 Replies to “Moto GP 2010 – 1”

  1. memang tak dinafikan, ada peminat moto gp ni sanggup travel jauh2 untuk tengok moto gp ni.
    kawan aku dari spore pun ada turun tengok ni, aku yang kena jadi tukang carik info cammana nak sampai track dari kl guna public transport provided.

    dan aku masih heran pasal gambo baby ni everytime aku post kat blog ni haha

    1. hahaha deaf, ko pakai email orang, sebab tu naik muka baby ni.. muekekekeke…. Pi register lain dekat Gravatar dot com.

  2. Piedoih ick-one says: Reply

    huhuhuu.. babysitter.. 😉 apa pon, dah selamat sampai semua… insyaallah kalau ada rezeki jumpa lagi sepang.. 🙂

  3. […] aku untuk cerita all out pasal trip aku ke Moto GP Malaysian Grand Prix seperti tahun lepas (sini dan sini) sedikit terbantut dengan peristiwa paling mengejutkan dalam arena sukan permotoran […]

Leave a Reply

CommentLuv badge