MOJO: MOJO (ST – 2012)

Mojo Band

Mojo. Aku tak pasti kenapa nama ni dipilih untuk dijadikan nama band kat Malaysia ni.

The word originally means a charm or a spell. But now its more commonly said meaning sex appeal or talent.

Tak tahulah samada ini hasil brainstorm ataupun cetusan maestro Mojo iaitu Edrie. Ya…. Edrie KRU awas mengerti tuuuu….


Mojo inlays

Orait, sebenarnya dah lama aku beli album ni. Terkilannya cuma satu, ia dirilis dalam bentuk EP dengan 5 judul lagu. Tergerak aku nak menulis sekarang adalah kerana di saat aku menulis entry ni, MOJO dah lancarkan EP kedua mereka (EP lagi?).

Kepada yang belum tahu, EP bermaksud Extended Play (berasal dari zaman vinyl) di mana ia mengandungi lebih daripada satu lagu (single) tetapi belum cukup lagu untuk diklasifikasikan sebagai full album (atau LP – Long Play dalam format vinyl). Mungkin KRU Studios berasakan EP lebih ekonomi untuk dibuat dalam zaman penuh bersepah MP3 dan torrent ni. Tapi yang tension (mungkin), adalah pembeli-pembeli macam aku. Dengar sat saja dah habis satu album.

MOJO dikenalkan sebagai sebuah band “synth-rock” atau dengan kata lainnya Electronic Rock. Serious, mula-mula aku tak paham konsep ni.Tapi lepas dengar 2-3 kali, aku dah faham sikit-sikit. Lagipun, aku tak biasa dengan band yang bawak konsep macam ni. Jika mengikut Ranker, ada beberapa band yang membawa konsep ni tapi haram satu band pun aku tak kenal, so aku memang tak cukup rock lagi lah kot. Ok, aku tau Placebo ja, band gay tu. Ha ha haaaa.


Berkenaan line-up band, aku kenal 2 orang saja la; Edry dan Aweera. Lagi 2 orang mungkin kawan-kawan blog lain boleh tolong ceritakan. Dari pembacaan, Johar (drum) adalah anggota kumpulan Tilu, tapi aku tak biasa dengar (aku tak cukup indie-jazz-rock dan bukan sepupu kepada Edrie-Norman-Yusry).

 

Mojo band members

Kehadiran Edry di dalam band sebenarnya memberikan impak maksimum kepada album (EP ni boleh dipanggil Debut Album ke?) kepada perjalanan sound dalam album ni. Aku rasa tipu la kalu aku tak mengaku aku pernah minat dengan KRU ni waktu 90-an dulu. Sound album ni agak kencang, susah la nak cakap.

Aweera juga terpalit kontroversi apabila “termengaku” meniru suara Awie Wings di dalam sisipan Utusan Malaysia pada hujung tahun 2012 dan seminggu kemudiannya menafikan di dalam mStar. Pada aku, gaya rockstar memang ada pada Aweera semenjak dia menyertai One In A Million (Musim ke-3) di mana beliau meraih di tempat yang ke-3, tetapi suara Awie tidak sama sekali. Mungkin dengan potensi suara yang lantang telah menyebabkan beliau disambar oleh KRU Records dan kemudian dijadikan vokalis untuk kumpulan MOJO.

 


Single “Andai Aku Bercinta Lagi” (Writer/Composer: Edry) menjadi taruhan MOJO. Betul, aku rasa lagu ni agak hits pada hujung tahun 2012. Tapi aku rasa karya Johar untuk lagu “Mimpi” lagi best. Agak blues dan catchy. Cuma aku serious tak suka cara Aweera meneran bila menyanyi. Dah macam Dayang Nurfaizah. Please stop it Aweera. Ha ha haaaa. “Agar Tetap Indah” (Writer/Composer: Denny) dimulakan dengan bunyi backpipe dan agak santai. Untuk “Maafkan Aku” (Writer/Composer: Aweera) er… Aku tak suka lagu ni. Meleret. Runut ke-5 dalam EP ni adalah lagu instrumental diberi jodol “Opus” karya Denny.

Untuk EP ni, aku rasa boleh tahan la untuk keseluruhannya dari segi lagu dan kualiti rakaman. MOJO boleh pergi jauh lagi. Nanti aku dah sambar EP ke-2 MOJO bolehlah aku buat review lagi.

facebook comments:

2 Replies to “MOJO: MOJO (ST – 2012)”

  1. Mojo austin powers haha.
    Ooo ni band aweera tu. Muda2 hensem2.

  2. agak2 cd ni bole dpt lg tak kat pasaran..nyesal dlu x sambar..mojo ni best ape..rock jugak haha

Leave a Reply

CommentLuv badge