Mee Udang Restoran Aur Gading, Sungai Dua

Perjumpaan terkejut tergempar ahli-ahli Forum Rockapak ni diadakan di Restoran Aur Gading, Sungai Dua. Atau lebih tepat lagi, di Titi Timbul, Sungai Dua – bersebelahan dengan Taman Desa Murni.

Restoran ni adalah pesaing kepada Mee Udang Galah Sungai Dua, tempatnya pun dekat-dekat saja, bersebelahan sungai, dipisahkan oleh Jambatan Sungai Dua. Memandangkan kami dah pernah makan di restoran di sebelah sana, maka restoran ini dipilih untuk sessi terjahan pertama. Aku pernah datang restoran ni dah 2-3 kali, tapi tak pernah la pulak makan Mee Udang dia tu. Maka, bersempena lawatan Encik Sukhairi dari Johor yang teringin nak pekena Mee Udang Sungai Dua, maka kami pun bawalah beliau ke sini.


Tak tahulah kerana lapar ataupun suasana sejuk akibat hujan yang tak henti-henti, ingatkan aku sorang jer yang rasa sedap… Rupa-rupanya Nas, Yusoff dan Farah pun berkata benda yang sama!! Bang Sukhairi ngan Bang Wan pulak diam tanpa komen (tak sedap la tu…)

Tapi kami yang kata sedap ni sebab kami membandingkan antara kedai di seberang sungai sana yang kami makan haritu. Kedai yang ‘femes’ tu, kuahnya ‘ceroi‘ dan tak pekat. lain pula di Aur Gading, kuahnya pekat dan boleh terasa pecahan-pecahan ubi kentang blender (Pendek kata, memang rasa mee kuah). Aku tak tahu la samada nasib kami memang baik malam tu sebab ia sedap ataupun hari-hari lain memang rasa macam tu. Kalau maintain rasa macam kami makan tadi, insya-Allah, bolehla aku jadi pengunjung setia sebulan sekali lepas ni. Total 3 mangkuk mee yang kami makan campur air bergelas-gelas dan jugak keropok sampingan (Tumpi – macam tempeyek, kacang pedas dan kerepek pisang) semuanya berjumlah RM89.00 ataupun RM11.12 seorang untuk 8 orang kami. Berbaloi tak? Pada aku….. berbaloi sebab memang kena ngan rasa mulut aku… Sedap! Kalau orang lain datang masa tak sedap… Aku takleh nak kata apa-apalah, hahahaha

Untuk sesiapa yang tak tahu jalan ke Restoran Aur Gading, bolehla search di www.wikimapia.org sebab aku dah tolong wujudkan lokasi restoran ni dalam peta atau korang boleh jer klik di sini. Kepada yang baru nak mencuba di sini, selamat menjamu selera. Kalau dari utara nak Kuala Sepetang cari Mee Udang… Baik di sini, lebih berbaloi….


View Restoran Aur Gading in a larger map

facebook comments:

17 Replies to “Mee Udang Restoran Aur Gading, Sungai Dua”

  1. pantassss..tuntass….panasss… 😀 😀

  2. x ajak!
    cis!
    haha..

  3. bape hengget dia bagi lu ni weyh?
    hahahahaaa..!!

  4. owwwhhh…
    makan sesenyap erk…
    bile turn kitaorg lak..??;)

  5. pehh mee udang galah..kecur air liur bai..huhu

  6. Salah, Mee Udang Kertas… hehehehe
    Mee udang galah kedai seberang sungai

  7. hoi mus aku lapar weh…aku kfc radix pon xsampai lg..mee udang sungai dua pon xkesampaian lg

  8. macam tak puas plak menghirup kuah tu…

  9. mohd sukhairi says: Reply

    acececeh…….. Sapa kata aku dok diam tu makna dia tak sedap? Hang tak perasan ka aku makan 2x tambah……siap hirup kuah lg tu

  10. La, awat tak habag!!!! Kalau saya tau, tambah semangkuk lagi malam tu.. lapag tau ka… huhuhuhuhuuuuuuu

  11. tak puaih makan weh…mula2 Farah bg udang kt aku sekog jer…hahaha..paih tu aku sambag sekog lagi..len kali kita pi pulak makan puaih2…acara menyarung jersi RK nanti..
    Speed aku nk tanya PTT tu guna lagu mana?..bayag brapa sbulan,,aku pun mcm minat gak ler.. 🙂

  12. Bro wan.. PTT tu ada saya dah ajar dalam blog ni. boleh klik kat sini

    Saya nak link blog bro Wan, tapi taktau yang mana satu. sampai 3 blog ada…

  13. bagi la resepi mee udang tu….

  14. […] aku, terlalu digembar-gemburkan ceritanya. Di sini, rasanya hampir-hampir atau lebih kurang dengan Mee Udang di sekitar Sungai Dua, […]

  15. wow lazat. saya baru makan mee bandung udang kat tanjung langsat di johor minggu lepas dan bulan lepas kat teluk kumbar di penang. nanti bolih tengok komen saya dalam post kat blog saya http://www.blogmakanbest.blogspot.com dan jangan lupa register sebagai follower yer TQ TQ TQ maklumla blog baru nih sunyi skit hehe.

  16. Review macam best. Lepas ni nak singgah sini pulak makan mee udang.
    Juadah recently posted..Nasi Dalca Bawang, Bayan Lepas

  17. […] sekarang!). Pada 27 May 2012 iaitu pada hari Ahad malam Isnin, aku terlanggar satu bukit tar di Restoran Aur Gading. Tar tu dilonggokkan di kawasan tempat letak kereta, betul-betul di kawasan penjuru simpang dalam […]

Leave a Reply

CommentLuv badge