Mee Sotong Terbaik Penang #1

Baru aku terperasan, dalam banyak-banyak review makanan, aku masih belum letakkan satu venue “mesti cuba” ni kalau singgah ke Penang (Update 20/9/2012 – Ada rupanya! [baca]). Venue ini menghidangkan mee goreng sotong. Ada 3 venue yang aku nak syorkan dan venue ini adalah venue yang pertama, sebab tu aku letak #1, bukan aku maksudkan venue ni paling top dalam menyajikan hidangan mee sotong!

Ada 3 tempat yang aku akan rekemenkan. Untuk syor yang pertama, aku akan ulas mee sotong di gerai Mee Hameed “Pata” Special Mee yang menyajikan mee/koey teow goreng/rebus yang akan diletakkan dengan sambal sotong.

 



View Hameed Pata Special Mee in a larger map

Kedai Mee Pata (kami orang Penang refer macam ni saja) ni terletak di Padang Kota Lama, atau bahasa urban-nya sebagai The Esplanade. Tak cool kan? Lebih baik Padang Kota Lama…  Kedai yang nak di cari ni senang saja, yang susah tu, nak cari parking. Jadi, kena pandai-pandai cari parking dekat area ni. Ada satu tempat parking di bahagian jalan Lebuh Light (berhadapan dewan Undangan Negeri Pulau Pinang) tetapi kebiasaannya penuh disebabkan kawasan ini merupakan kawasan nadi bandar, banyak bank dan pejabat kerajaan, jadi paham-paham ajalah.

Dari sebelah arah laut, cari saja signboard Taman Kota Lama seperti gambar aku kat atas tu. Astaka tersebut terletak betul-betul sebelah Fort Cornwallis. Jadi, kalau hangpa pi dekat foodcourt baru di hujung Padang Kota tu, alamat sampai sudahla takkan jumpak kedai ni nanti.

 

Ini tips pertama dari aku, setiap pesanan mee, jangan lupa order Coconut Shake atau dalam bahasa Melayunya, “Kelapa Goncang” (hahahahaha!) yang terletak di sebelah kedai Mee Pata ni. Signboard pun dah besar, “Jalil Special Ice Kacang”. Serius aku cakap, mee sotong ni pedas, kalau tak tahan, boleh cirit-birit untuk mereka-mereka yang tak tahan makan pedas. Kalau tak prefer coconut shake, boleh order mineral ais dekat kedai Jalil tu.

 

Ais Kacang dia pun sedap, tapi sikit. Petua orang tua-tua kata, benda yang sedap ni kena sikit, kalau banyak ni dia jadi muak, aku rasa betul la kot!

 

Mee Sotong versi normal, RM4.00
Mee Sotong versi abnormal – tak pedas (gambar dari henpon kakak ipar)

Ini pulak tips kedua daripada aku: Jika betul-betul tak tahan pedas, tetapi gatal (hahaha) nak rasa jugak, boleh order mee taknak pedas dekat tauke yang tengah masak. Rasanya pun boleh tahan, boleh tengok beza warna mee normal dan mee tak pedas di gambar di atas. Tapi, kalau dah datang dari jauh, baik try mee pedas. Hehehehe.

Tips ketiga pulak, walaupun ikut signboard ada 2 harga (RM4.00 dan RM6.00) di mana yang RM6.00 tu ala-ala “special” la… Tak payah gatai la nak order yang RM6.00 tu. Maksud RM6.00 tu ialah mee/sotong extra, yang mana sebenarnya tak banyak beza pun dengan yang RM4.00 punya! Jadi, kalu betul-betul nak makan banyak, baik order 2 pinggan terus! (serius)

 

Tips terakhir yang aku nak bagi, sediakan tisu sendiri kalau dah jenis satu bangsa kuat berpeluh macam aku ni. Kompem peluh merecik-recik beb bila makan! Sini bukan restoran 5 bintang nak letak air-cond semua bagai, ye tak? Lagi satu, tempat ni biasanya tak ramai waktu hari-hari biasa. Tapi bila sampai hujung minggu dan cuti sekolah, memang sampai kena beratur la nak order dan tunggu mee siap (selalunya diaorang akan ambik order dekat meja bila tak ramai).

 

Kalau tanya aku, aku akan letak Mee Pata ni sebagai benchmark untuk mee sotong lain, maksudnya untuk mulut aku, memang sedaplah. Tapi kalau ambik sampel dari orang ramai, ia masih 50/50 (rujuk Foursquare). Dari segi kebersihan, agak kurang sikit memandangkan astaka ni adalah tempat lama dan gagak pun banyak, tapi apa yang nak dihairankan sangat kalau dah nama pun gerai outdoor food court? Pada aku, normal lah.

Jadi apa lagi, kalau tak pernah try tu, lebih baik try dan rasa sendiri.

facebook comments:

3 Replies to “Mee Sotong Terbaik Penang #1”

  1. meleleh der……saiya misti cuba!
    bofoyengfeng recently posted..Sebelum dan Selepas Raya

  2. Baru je pegi padang kota lama ni. tapi asyik2 pi makan sotong kangkung. adoyai..nampaknya pasni kena cuba mee sotong pula
    Juadah recently posted..Minuman Sihat di Boost Juice Bar

  3. […] Batas adalah salah satu kedai mesti cuba sekiranya kalau nak rasa mee sotong di Penang. Selain Mee Hameed Pata, Restoran yang terletak di pekan lama Kepala Batas ni turut menjadikan mee sotong sebagai menu […]

Leave a Reply to Juadah Cancel reply

CommentLuv badge