Mee Jawa Pakya dan Selsema Oink2.

Astaka Stadium terletak di sebelah stadium keramat yang pernah menyaksikan pasukan Pulau Pinang membelasah Arsenal 2-1 pada tahun 1979. Lu kodi kalau lu taktau Arsenal pernah kalah dengan Penang!

Gua Aku tau ramai yang tunggu aku review benda makan jer sekarang ni. Nanti bila dah puasa, payah nak review-review dah. Boleh bergoncang iman!

Tukang masak dengan muka serius ni adalah Pak Ya. Sapa tak kenal Pak Ya? Rata-rata kat semua tempat ada nama Pak Ya. Tapi Pak Ya ni lain sikit. Sebab dia lebih dikenali dengan Pak Ya Mee Jawa.

Dengan RM3.50, cukup berbaloi-baloi untuk menikmati sepinggan Mee Jawa di sini. Dengan tambahan RM0.50, Mee anda dibezakan dengan penggunaan pinggan kaca seperti di atas.

Ramai yang keliru antara Mee Jawa dan Mee Kuah. kedua-duanya hampir sama. Cuma, mee kuah adalah lebih terarah kepada mee rebus dan kandungan ubi ‘blender’nya lebih banyak dan menjadikan kuahnya lebih pekat dan umph! Manakala untuk mee jawa, penggunaan sos tomato sebagai intipati utama menjadikan kuahnya sedikit masam.

Tetapi, jika tak cukup masam, apalah salahnya jika kita tambahkan lagi sedikit sos tomato yang sememangnya tersedia di situ. Lagi lebih, lagi umph – ujar penagih sos tomato tegar.
Setakat entry ni ditulis, rating aku untuk Mee Jawa di sini ialah 5/5, sehingga terjumpa tempat lain yang boleh ‘celen’ Mee Jawa Pakya.

Sememangnya, astaka ni menjadi tumpuan ramai ketika waktu tengah hari. Macam-macam ada kat sini daripada Nasi Ayam, Nasi Campur sehinggalah Laksa pun dijual. Maka, pemandangan bersesak-sesak di atas adalah satu lumrah dan biasa di sini. Mungkin panas sedikit memandangkan atapnya ialah zink, dan diapit oleh Stadium Bandaraya dan bangunan Bernama.

Jadi, bila dah panas tu, pepaham ajelah. Selera pun jadi pelik-pelik dengan order pun macam-macam. Ais jagung turut boleh didapati kat sini.

Tetapi, dengan keadaan Selsema Babi yang semakin menjadi-jadi. Jangan dilupa pakai face mask. Tengok Afad pakai. Stylo dan steady. Sambil makan sambil pakai face mask – sapa kata tak boleh? Ingat lagi entry aku pasal Selsema Babi haritu? Sekarang, dah berpuluh-puluh orang mati. Tapi macam biasa, Typical Malaysian mana amik port benda-benda macam tu. Sampaikan family sendiri dah di-suspek pembawa virus selsema babi dan diarahkan kuarantin seminggu, tapi masih datang kerja jugak… Aisey… Lu betul-betul menyusahkan orang dan membahayakan orang lain btol la. Dah dapat MC seminggu tu, duduk la kat rumah diam-diam. Happara… (ini cerita benar, korang punya version pulak macam mana?)

So the bottomline is, sayangi nyawa anda, dan facemask bukanlah alasan untuk tak makan atau buat benda-benda lain yang ekstrem. Huhuhuuuuuuuuuuuu…

p/s: Aku tipu aja. Malaysia yang pernah menang dengan Arsenal 2-1 di Stadium Merdeka. Aku tak ingat, Pilihan Pulau Pinang lawan dengan sapa kat Stadium ni dulu.

facebook comments:

3 Replies to “Mee Jawa Pakya dan Selsema Oink2.”

  1. wah.. I love the photos.

  2. wah…I love the food.

  3. asal 1 je gmbr ade ni?ade pic ais jagung je?
    oo..mntang2 esok pose ek?cte psl mknn plak ye./..hahhaha…sedap tu brader?tp jauh la ngn tpt gua.gua nk sgt rase dee!!!

Leave a Reply

CommentLuv badge