Mat Kayuh

image

Sebelum ni, aku berjalan dan berjogging. Sehinggalah masalah pada lutut kanan aku yang pernah mengalami muscle tear pada 2003 dan seterusnya ligament tear pada 2010 membataskan aku dalam aktiviti badminton, dan jogging.

Atas nasihat doktor, semalam aku mengubah corak senaman dengan berbasikal.

Cubaan pertama petang kelmarin memberikan output lebih kurang 9KM++ dan lokasinya cuma di sekitar sawah di kampung aku la.

Pagi ni, I have outdo myself! Total 28KM bermula di Sungai Puyu-Pekan Darat-Telok Air Tawar-Bagan Ajam-Jeti Bagan-Sungai Puyu.

Terus terang, pungkog gua rasa macam nak terkoyak dua! Tapi, puas hati bila dapat habiskan kayuhan. Naik basikal pulak, basikal pinjam anak sedara punya. Uzur, berkarat dan cuma tunggu masa nak barai. Tapi gua puas hati!

Kayuh jauh-jauh ni, pandangan pun luas dan perspektifnya berbeza sekali dengan berjogging. Pelan-pelan gua tabung beli gerek yang lebih sesuai.

facebook comments:

2 Replies to “Mat Kayuh”

  1. cayok2….pelan2 kayuh…

  2. kepada tua punya blog dan pengomen pertama – bila majlis?
    Ijau D. Koceng recently posted..Kembali Ke Bintulu Part 8

Leave a Reply

CommentLuv badge