Pada 10 Ogos 2012, telah berlangsung majlis berbuka puasa di Bayview Hotel, Georgetown, Pulau Pinang. Bayaran istimewa RM35.00 (harga istimewa) dikenakan untuk setiap individu yang berminat untuk menyertai majlis ifthar anjuran Penang Underground Bikers ini.
Pada aku, RM35.00 sangat berbaloi untuk hidangan buffet di hotel dan untuk makluman, harga tersebut adalah setelah dibuat pengiraan khas, ia bertujuan untuk memastikan para bikers yang rata-ratanya golongan bawah 250cc (kecuali ada beberapa bikers datang dengan motosikal 600cc) tidak berasa terbeban dengan harga hidangan buffet hotel yang biasanya berharga RM45.00 ke atas.













Sejurus berbuka, jemaah masing-masing menunaikan fardhu maghrib di tingkat 7 hotel. Solat jemaah terpaksa dilakukan 2-3 kali memandangkan ruang solat yang kecil. Sebenarnya, ini adalah majlis berbuka puasa yang kali ke-3 dianjurkan dan mendapat penyertaan yang paling ramai.
Bukan senang nak kumpul orang dari pelbagai group untuk duduk di bawah bumbung yang sama. Insya-Allah, tahun depan jumpa lagi.
rasa mau sarbu itu dalcha!
Ijau D. Koceng recently posted..Ada Apa Dengan Frost Root Beer?