
Tiba tahun 2021. Buat tahun kedua berturut-turut aku gagal membuat entry senarai pembelian yang boleh dikatakan satu ‘rutin’ untuk menunjukkan senarai poket koyak setiap tahun untuk perbelanjaan piring hitam yang aku lakukan. Maka, aku gagahkan buat entry ni pada tahun 2021 supaya blog ini tidak terus mati.

Tahun 2020 menyaksikan aku banyak membeli kaset berbanding piring hitam. Semua ni gara-gara insiden kemalangan yang menyebabkan kaki aku patah (Fracture Lateral Malleolus) yang membuatkan hampir dalam keadaan bed ridden selama hampir sebulan (+ 2 bulan recovery) kerana aku memilih option simen sahaja bahagian patah tu.
Memandangkan pergerakan aku yang sangat minima, masa banyak dengan smartphone sampai ‘ter’order banyak kaset-kaset yang aku dapat tengok di group FB dan eBay. Oleh kerana aku memiliki tapedeck Marantz SD1000 (dual speed), kenapa tidak untuk aku membeli blank tapes? Sekuarang-kurangnya aku boleh dubbing recording dari Piring Hitam. Mungkin budak-budak milenia nampak benda ni tak masuk akal, tetapi inilah hobi! Apa kau ingat orang-orang tua macam aku tak pelik kau posing pelik-pelik dalam instagram dan Tik Tok? Sama aja kan? Hang kata kat aku, aku kata kat hang. Hahahaha.

Kaset-kaset ni adalah yang terbaru dalam pembelian. Aku nampak post ni dalam group kaset, profile KEELSET.MY ni membuatkan aku rambang mata dengan seleksi KORN. Ingin saja aku nak sapu semua kaset Korn yang ada. Tapi memandangkan ada kaset-kaset lain yang aku berkenan jugak, terpaksa aku bertindak bijak (kahkahkah) membuat pilihan kaset-kaset yang penting untuk simpanan aku. Harga-harga beliau juga ‘boleh dengar’ dan masuk akal. Sapu ajalah, tq KEELSET!

System of A Down melancarkan lagu baru setelah sekelian lama dalam ‘in hiatus’. EP Protect The Land/Genocidal Humanoidz ni walaupun tak best sebab tak catchy, aku beli jugak memandangkan mengikut sejarah, apa benda yang SOAD keluarkan kalau dah sold out, memang susah nak cari balik nanti. Harga EP ni pulak sama dengan harga EP, kalau dah sold out nanti boleh menangis nak cari. Baik cari siap-siap simpan buat pekasam. Terima kasih Rock At Large yang sudi mengambil pre-order EP ni pada tahun lepas!
We as System Of A Down have just released new music for the first time in 15 years. The time to do this is now, as together, the four of us have something extremely important to say as a unified voice. These two songs, “Protect The Land” and “Genocidal Humanoidz” both speak of a dire and serious war being perpetrated upon our cultural homelands of Artsakh and Armenia.
—The band about the inspiration behind the song – Rolling Stones
EP ini berkaitan dengan peperangan Nagorno-Karabakh pada tahun 2020 yang melibatkan konflik Azerbaijan (yang disokong Turki) dan Republik Artsah (self-proclaimed) yang disokong Armenia. Pendapat aku, EP ni sangat kurang menyengat berbanding lagu-lagu terdahulu SOAD. Tu la, in hiatus lama sangat kan dah jadi lemau. Lain kali buat la album 2 tahun sekali!

Antara kaset yang ditunggu pada tahun 2021 adalah album Dirgha Belasungkawa dari lagenda Nusantara Death Metal, Langsuir. Menjadikan satu bonus, ia dikeluarkan dalam bentuk boxset yang disertakan sekali dengan EP Cemar.
Apa yang menariknya, boxset ini dikeluarkan dalam bentuk yang hampir sempurna kerana kita juga tahu, ahli-ahli Langsuir sendiri adalah collector yang meminati format fizikal muzik. Ketika proses pra-pembuatan boxset ini, yang dibincangkan bersama peminat-peminat adalah boxset piring hitam, tetapi tiba-tiba keluar pulak kaset. Sapu!
Boxset ini adalah antara boxset yang aku tak buat pun video unboxing kerana pihak label; Legion Music sendiri telah membuat teaser awal unboxing yang sempurna videonya. Tiada alasan untuk aku buat video unboxing kerana video dari pihak label sendiri pun dah cukup power! Harapnya Langsuir keluarkan boxset Piring Hitam paling power dalam sejarah rilisan band tempatan lepas ni. Sebagai cadangan, aku harap ada booklet dalam boxset yang memaparkan cerita dan gambar behind the scene sepanjang rakaman Cemar dan Dirgha Belasungkawa berlangsung. Gambar-gambar adalah satu artifak penting dalam sesebuah boxset. Biar kami dapat tengok sampai puas!

Rasanya wife aku pun dah perasan aku kurang membeli pada tahun 2021. Ada banyak projek lain yang aku fikirkan termasuk la platform jualan aku di Shopee (shopee.com.my/mamuvinyl) dan ada satu lagi projek yang aku akan beritahu kemudian. Tahap tak/kurang beli tu sampaikan bila aku dah bahagi perbelanjaan untuk wife dan anak-anak, wife siap kata “abah guna la duit lebih tu untuk beli apa-apa barang abah”. Feehhhhh! Dah macam level maulana perginya! Hahahaha!
aku ada nak letgo beberapa kaset djaman rumaja, boleh trade dengan CD, kalau hang berminat kontek aku naa~
kalau berminatlah
Ijau D. Koceng recently posted..Wordless Wednesday: Kit Kat Gold
Nak trade tu yang leceh sebab koleksi CD aku semua merapu. Konpem hang tak minat. Hahahah