Ku Kehilangan JIWA 3 Dimensi

Hari ni merupakan hari aku sedih sangat-sangat. Bukan sebab aku kena charge RM268.00 untuk korek blok piston motor aku, atau duit aku tinggal RM20.65 untuk bulan Mei ni…. Tapi aku telah kehilangan satu benda yang boleh dikategorikan tersangat penting dalam hidup aku.

Aku menulis blog ni di Alor Setar, belum bersemangat nak balik Penang. Kenapa aku di Alor Setar? Ceritanya macam ni…..

Aku tiba dari Kuantan pada pukul 7.30 Pagi tadi dengan bas ekspress Utama Ekspress VIP Coach. Tengah memunggah barang nak masuk teksi, aku tersedar aku ter’miss’ satu benda… Benda tu ialah CD Wallet aku!! Dalam CD Wallet tu ada Cd Disc 2 Wings Terunggul (Limited Edition), Keunggulan Search (Limited Edition), Greenday American Idiot, (original edition), 2 cd Keunggulan Rock 80an-90an, 2 cd Keunggulan Rock 90an, 2 cd Kristal vs Rock 90an, cd Rock Arena yang aku sayang sangat-sangat, cd multiple mp3 rock melayu, cd Guns N Roses Greatest Hits dan ntah apa-apa lagi CD aku dalam tu aku tak boleh nak ingat. Aku dah rasa sebak sangat-sangat ni.

Balik je rumah, aku capai kunci kereta kakak aku dan shoot terus Penang-Alor Setar semata-mata koleksi-koleksi cd……………yang pada sesetengah orang, tidak bernilai. Minta maaf, semua koleksi aku adalah nyawa aku, dan setiap satu daripadanya membawa seribu erti. Tapi sayangnya, dengan bantuan kawan aku di Alor Setar, dia dapat menghubungi drebar bas tu yang sudah sampai ke Kuala Perlis, dan menurutnya, dia dah check bas tu dan tiada barang yang tertinggal atas seat bernombor 17-18 yang aku duduk semalam.

Kepada mamat-mamat di luar sana yang ‘terambil’ koleksi aku tu, tolonglah pulangkan balik dengan menghubungi aku di 012-5359004, 019-5750507 atau 013-4280043

Terima kasih,

speedrider aka mus

facebook comments:

One Reply to “Ku Kehilangan JIWA 3 Dimensi”

  1. […] semua memang best kan? Yang tak bestnya, CD tu hilang dalam bas ekspress waktu travel dari Kuantan – Penang pada 2008. Sangap la […]

Leave a Reply

CommentLuv badge