Kepuasan Rock Maksimum

Gua terlupa pulak yang hari Sabtu, 30/1/2010 kan cuti umum, jadi patutla lambat sampai poslaju dari Bintulu ni. Bintulu? Jauh wo! Packaging kemas siot! Dari pemerhatian gua, bila packing kemas macam ni, ‘ehem-ehem’ si Ijau nanti selamat la sikit dalam hal-hal mengemas rumah tangga.

Cuih, buat suspen saja pakai AMD Processor punya box. Lain kali letak la free satu CPU. PC gua kat rumah pun dah kuno, masih single core, tapi yang mahai tu sebab GPU buat SLI. Hahahahaha!

Bila gua tengok kaset tersusun macam ni, terasa adrenalin gua bagai membuak-buak nak naik Suzy; yang akhirnya membawa gua ke kedai makan depan kampung tadi, pekena Nasi Goreng Padprik Ayam dengan Teh Ais.

Berikut adalah harta-harta karun pada gua, dan sampah-sarap kepada Nurul. Jadi wahai cik Nurul, sekiranya anda sedang membaca entry ini, leteran anda tidak akan dilayan, harap maklum. Hahahaha….

Wings, Puisi Aidilfitri – Betul kata Ijau yang berasa ragu-ragu dengan album ni. Terbukti benar. Ijau tak salah, gua pun tak salah (hero mana boleh mengaku salah). Sebenarnya, dengan keadaan jarak sepelangkung jauhnya Penang-Bintulu, sememangnya gua rasa, Joe Wings pun tak tau samada kaset ni ori atau tak. Bila dah sampai kat tangan sendiri, barulah tau. Tapi, bila melibatkan benda-benda macam ni, tiada pilihan lain melainkan belasah saja beli. (daripada melepas terus!)

Wings, Mr. Barbarik – Pelengkap koleksi gua! Yeah!! Walaupun dah ada CD Mr. Barbarik, kelibat kaset ini tidak akan gua lepaskan kerana setakat ni, gua dah tak jumpak kaset-kaset lama dari Wings. Gua tak ingat, dulu sapa entah pernah tanya gua dapat tak peraduan Guitar Godin tu dalam album ni versi CD? Erm, dalam cd tak ada, tapi dalam kaset ni memang ada borang peraduan tu. Peraduan tu menawarkan sebuah guitar Godin yang ditandatangani oleh Joe Wings yang bernilai RM1710.00!! Tapi gua tak heran sangat sebab gua dah ada Ibanez RGR321EX yang gua mintak sendiri Bro Joe Wings sign kat mana yang gua nak sign tu diletak. Lebih custom. Huhuhuhuuuuuuuuuuu~ (bakar…)

Wings, Hukum Karma – Walaupun ini adalah 2nd Pressing, ini ialah pressing yang takder cop “Koleksi Peribadi Lagenda” tu tau. Yang best pasal kaset ni, sebab ada gambar kaler. CD pulak takder gambar kaler macam ni. Lepas tu, boleh pulak ada iklan kumpulan Illusi, Misteri dan Artstream. Hah!! Benda tu takde dalam versi CD. Kuikuikui….

Wings, Belenggu Irama – Walaupun ni 2nd pressing. Tapi buat sesiapa yang takder kaset, mana la nak sama kaset WINGS yang ada ruang permintaan lagu yang lagu Salwa – Cubit-Cubit Sayang boleh tersenarai sekali dalam sebuah album rock ni. Rare bukan pasal kaset, tapi pasal ada nama Salwa. Rare abis!

Wings, Biru Mata Hitamku – Inilah album yang mencari buruan kepada semua Sayap-Sayap Wings sekarang. Selain Opera Dalam Kenangan (Part I & II), inilah album yang setengah mati cari CD-nya dalam pasaran takkan jumpak. Kalau jumpak, dah lama gua amik. Macam-macam cerita yang gua dengar pasal apa album ni susah nak dapat. Dan yang paling biasa gua dengar ialah master copy album ni hilang, sebab tu tak dapat buat copy anak-anak. Alahai, sedangkan lanun cd, vcd dan dvd boleh buat copy beribu unit, takkan benda ‘small matter’ ni syarikat rakaman takleh buat? Hehehhe, apa-apa jelah…..

Sofea, Anak Liar – Menampilkan lagu-lagu paling berbisa dan yang paling gua suka semasa mereka bergelar SOFEA, gua sendiri tak pasti ini ialah pressing ke berapa. Adakah ini pressing ke-3? Mengikut cetakan pada album kaset ni, tertera tahun 1997. Berbeza pulak gambar kulit album ni dengan apa yang Khys di Muzik Rock ada (link). Kaset ini ialah keluaran semula dari BMG.

Sofea, Mimpi Dan Airmata – Sesiapa yang ada versi asal, sila bantu gua. Gua tak pasti ini pressing ke berapa. Tapi printing di kaset ialah tahun 1992, masih di bawah Warnada Sdn Bhd. No telefon Warnada pun ada lagi, tapi kompom tak boleh call sebab ada 7 angka sahaja. Gua tak sangka, dapat jugak gua pegang kaset ni. Dan baru gua perasan ada cicak kubing/biawak melekat kat body guitar tu. Selalu gambar album ni yang bersepah kat internet, tak nampak pulak imej cicak tu dengan jelas,  kali ni, memang clear gila nampak  cicak tu. Embossed sikit. Seperti biasa, gambar paling jambu tentulah pujaan Mama Juwie, bro Man Rani.

Okey, tolak satu album tiruan, gua dah dapat 6 harta karun gua. Esok, gua nak pergi kursus, lepas balik kursus, gua ada beberapa hari untuk gua layan habis-habis kaset-kaset ni kat Hi-Fi gua. Gua bernasib baik kerana gua masih ada Hi-Fi pemberian abang sepupu gua. Walkman pun gua pernah ada. Rasa kesian pulak kat adik-adik gua yang tak tau kaset tu apa… Dan tahun lepas pun gua dah tambah satu lagi mainan orang tua-tua iaitu LP Player.

Adalah satu nikmat yang besar dapat memainkan menatang-menatang macam kaset dan long play ni dalam bentuk mekanikal, gua rasa itu adalah seni. Bukan setakat tau mp3 tu apa dan reti download, tapi tak reti nak bayar.

Terima kasih kepada Ijau yang sudi tolong belikan benda-benda ni kat gua. Bro, kalau terjumpak benda-benda pelik ni, tolong roger gua lagi yerk?

facebook comments:

7 Replies to “Kepuasan Rock Maksimum”

  1. 1. mr. marbarik? sila check ejaan
    2. kaset belenggu irama dan biru mata hitamku MASIH ADA LAGI kat kedai tu (mggu lps la), nnti aku try beli siap2 sblm dikebas org lain
    3. kat web muzikrock.com – anak liar, pencipta/penulis lagu anak liar tu dorg tulis sofea… kes anak liar dan wildchild WASP ni aku kurg pasti ceritanya – sila ulas
    4. nasib baik aku bg kotak amd, mula2 nak guna kotak spender

  2. kecuali Mimpi dan Airmata…semua kaset ni aku pernah ada 1st pressing punya…sayangnya ntah mana2 ntah hilangnya..

    Ijau..anak liar tu tak agak2 dorang ciplak…sampai lirik pun translate abis…lagi cakap ambik ihlam ajer..hahaha..

  3. @ijau,
    dulu lagu ciplak ke bahasa Melayu ni berlambak2. Tengok aja lagu dari ROCKERS yang ciplak lagu iron maiden. hehehe

  4. dulu2 brapa kerat je album mat salleh masuk m’sia, klu ada pun maybe apache press. dan dulu xglobal mcm skrg… org akan dgr yg local dulu

    tp klu stakat amik part solo mcm debunga wangi – prodigal son blh terima la…

    tp mcm kes uji rashid yg nyanyi lagu sani (sunny – boney m) atleast ada copyright controll drp kompeni muzik.

  5. Tak tahan tengok inlay keset ada borang permintaan lagu….hahahaha!!
    Alah dulu biasa la lagu ciplak. Allycats dgn Black Dog Bone pun penuh dengan lagu ciplak…tapi tak de le dia ngaku lagu sendiri…

  6. […] Sejak Ijau menjamu mata semua blogger dengan koleksi-koleksi yang tak disentuh di Bintulu, aku menyusul, kemudian Berteromber pun menyusul dengan Best Of Wings. Untuk Encik Berteromber, kalau tengok […]

  7. @Ijau,
    typo diperbetulkan…
    Ko memang betul2 kemas punya orang la.. Bahaya betul kalau jadi auditor.. Hahahahha

Leave a Reply

CommentLuv badge